Thursday, January 28, 2010

Avoiding Someone


OMG. I accidently met with someone today. And I try to avoid him!

Dah hampir 2 minggu aku stay kat umah akak aku kat Majidee. Pagi tadi aku pegi court lambat sket. Mase nak lintas jalan (nak ke bus stop kat seberang jalan), aku 'ter-perasan' ade sorang lelaki yang tengah duduk kat bus stop yang kat seberang jalan tu.

Eh, macam...

Aku teruskan melintas jalan sampai kat bus stop tuh. Sambil lintas jalan, sambil tengok kiri kanan, sambil aku tengok dia. Betul ke dia. Sebab aku nampak dari sisi jer.

Sah! Memang sah dia.

Alamak. Macam mana nih. Aku taknak terserempak ngan dia. Aku pun tunggu lah bas jauh sket dari dia. Sebab dia tengok ke arah lain, tengah tengok bas yang nak datang lah tuh. Aku berdiri jauh sikit kat belakang dia.

Bas sampai. 225 Masai - Bandaraya. (*kot)

Dia pun bangun & tahan bas tu.

Alamak. Nak naik bas ni ke tak. Nanti kalo dia perasan aku kat dalam bas tu camane? Ishh..tak payah lah naik bas nih. Tunggu bas lain jer.

Tapi...aku dah lambat ni. Ahh...naik jerlah. Tawakal jer
.


Aku biar dia naik dulu. Then ade la 2 orang naik jugak. Aku naik last skali. Aku nampak dia duduk kat belakang. Lepas bayar, aku cepat2 duduk kat kerusi depan.

Mintak2 lah dia tak nampak aku.

Sampai kat bandar, dia turun.

Owh...keje kat bandar ke.

Dia melintas jalan ke arah City Square.

Dia keje kat bandar ke?

Aku pulak masih dalam bas, sebab aku nak turun kat bus stop depan MBJB.

Dah bertahun-tahun aku tak jumpa dia. Aku tengok dia tak banyak berubah. Atau mungkin tak berubah langsung. Maksud aku, dari segi luaran lah. Dalaman aku tak tahu lah.

Dengan style rambot yang masih sama. Dengan ear phone kat telinga. Dengan cara jalan yang masih sama. Slow jer. Sekali tengok, takde yang berubah.

Tapi. Heran. Kenapa dia tunggu bas kat situ. Rumah dia kan kat lain. Area Majidee tu jugak. Tapi jauh dari situ. Secara logiknya, kalo dia nak tunggu bas pun, mesti dia tunggu bas kat bus stop yang lagi dekat ngan umah dia.

Dia dah pindah rumah kot.

Aku tak pernah terfikir pun yang aku akan terserempak dengan dia. Aku stay kat umah akak aku sejak bulan 5, sampailah aku pindah duk umah sewa bulan 11 yang lepas. Sepanjang aku duk umah akak aku, setiap pagi kalo nak pegi keje, aku akan tunggu bas kat bus stop tuh. Balik keje pun aku akan turun kat tempat yang sama. Lepas aku pindah, every weekend aku akan datang kat umah akak aku & stay kat situ. Kat bus stop tu lah aku akan tunggu bas & akan turun dari bas dari bandar.

Tapi selama nih tak pernah plak aku terserempak ngan dia.

Heran.

Tapi yang paling aku curious, kenapa aku taknak terserempak ngan dia? Kenapa aku taknak dia nampak aku?

Susah nak explain.

Aku segan. & aku memang taknak jumpa or terserempak dengan dia!

Nasib baiklah dia tak nampak dan tak perasan aku pagi tadi. Dan yang paling penting, nasib baik awal2 lg aku dah perasan dia ada kat bus stop tu. Boleh aku elak awl2. Kalo dah sampai depan dia, baru aku perasan, camane. Biasanya aku ni kalo jalan, menonong aje. Mane ade tengok kat sape2. Mane ade tengok orang kat depan aku. Kali nih prihatin la plak kat persekitaran.


Ishh~

Yang aku kecoh2 & pening2 sangat pasal benda ni, kenapa?

GILA.


.

No comments: