Tuesday, February 16, 2010

Valentines




Its a day after Valentines Day. Or two days after? Coz its 12.03 a.m right now.

Aku rase hampir semua pasangan celebrate Valentine nih. Aku plak, tak kesah pon celebrate ke tak. Sebab aku rase, nothing special lah dengan Valentines Day nih. Buat ape nak mengagung-agungkan Valentines Day? Lagipun, aku rase ramai yang dah tahu asal usul/sejarah Valentines Day. Sebelum ni pun (tahun lepas) aku ade post entri pasal tu;

Kalo betul2 nak menghargai pasangan, setiap hari pun korang boleh menghargai pasangan korang. Hari lain pun korang boleh tunjukkan kasih sayang korang. Sebab kalo korang betul2 sayangkan pasangan korang, setiap hari adalah hari kasih sayang. Betul tak?

Dua hari lepas, aku tengok berita. Tak berhati perut sungguh MANUSIA yang buang baby dalam tong sampah, then dibakarnya baby tuh. BINATANG pun tahu sayangkan anak. tak BERPERI-KEBINATANGAN sungguh manusia yang buat camtu.

Kalo yer pon taknak baby tu, bagi jerlah kat orang lain. Berapa ramai pasangan suami isteri yang takde anak dan sangat2 memerlukan anak dalam dunia nih, sampai sanggup beli anak dari orang lain.

Ini lah salah satu contoh, kesan dari perbuatan MANUSIA yang mahu menutup malu (mungkin). Diri sendiri yang buat dosa, anak yang tak berdosa plak yang jadi mangsa.

Bersempena dengan Valentines Day nih, aku percaya dalam masa beberapa bulan lagi, akan makin banyak kes macam ni. Tahu saje lah macam mana kebanyakan pasangan zaman sekarang sambut Valentines Day.



Contohnya, dalam berita semalam. Ade ke patut, PURA-PURA PENGSAN masa kena tangkap basah. Pencegah maksiat terpaksa mintak bantuan polis untuk pecahkan pintu bilik hotel. Dah sejam, baru pintu bilik tu boleh dibukak. Itu pun polis yang umpil pintu. Pengsan sejam ke? Buat lawak plak. Si pompuan plak, menyorok bawah katil. Dah takde tempat lain nak menyorok ke? Aku rasa, itu la tempat pertama yang pencegah maksiat akan check. Hahahhhh~~~

Whateverlah kan.

Aku plak, sambut Valentines Day ngan DEMAM. hahahh~~ Tak celebrate lah. Maksud aku, hari Valentine tuh aku demam. Lagipun dia jauh di sana. Kalo aku tak demam & dia dekat sekalipun, aku tak sambut jgak. Takde keperluan nak sambut Valentines Day! *maksudnya, sambutan Valentines Day tuh tak diperlukan! ;D

Ape2 pun, Selamat Hari Kekasih! ;)


♥♥♥ I LOVE YOU ♥♥♥



.

No comments: