Sunday, March 28, 2010

Earth Hour

*image by Windows Live & MSN


This is the first time i'm participating in Earth Hour.
Tahun lepas keadaan tak mengizinkan.hehee~
Begitu juga dengan tahun-tahun sebelumnya. ;p

So, duk dalam gelap la semalam.
Satu jam sahaja. Tak rugi pun, kan.

the website : http://www.earthhour.org/


.

Monday, March 1, 2010

Tentang Facebook dan Facebooker

Korang ade Muka-Buku? Sape yang takde Muka-Buku? Sila angkat kaki (dari sini)! HAHAHAHHH~~ *kidding ;DD

Aku sign up for Facebook beberapa tahun yang lepas. Tak ingat dah tahun bila. Mase aku kat UKM dulu. Tapi lepas sign up tuh, aku biarkan jer FB aku tu..selama hampir 6bulan! Bila ada yang tanye aku ade FB ke tak, aku jawab : TAKDE. ;p

Bila ramai kawan yang tanya, tanya & tanya aku ade tak FB, dan bila kawan2 yang "sebok" nak add FB aku, baru lah aku me-muncul-kan FB aku di khalayak kawan2 ku. *ngahaa~~ ;p

Mase tu hampir semua orang cakap "FB best". Ntah ape yang bestnye. Aku tetap dengan pendirian aku - MS lagi best! Sebab? Sebab boleh edit page, boleh edit mengikut citarasa dan kesukaan sendiri. Mungkin sebab aku memang suke edit profile dan bermain-main dengan code-code html. Sangat puas hati bila dapat edit macam-macam *pesen, dan yang paling aku suka, DIV profile. Bila guna DIV profile, seperti aku yang mencipta sendiri profile aku tuh. Aku boleh letak box ape je yang aku nak, kat posisi mane, kiri ke kanan ke. Dan boleh letak berapa banyak box yang aku nak, size besar ke kecik ke. Ikut kesukaan sendiri. Bila dah jadi macam yang kita nak, memang puas ati!

Ishh. panjang plak cite pasal edit profile. Balik kepada sebab kenapa aku rasa MS lagi best - kat MS takde kawan2 seperjuangan, takde busybody, lebih privacy kot, bdak2 MS lebih open-minded, kau boleh upload gambar macam2 tanpa ade sape2 yang terkejut sebab diorang tak kenal kau di dunia nyata, dan macam2 lagi lah sebab musabab kat pemikiran aku nih.

FB plak? huh. Agak boring. Agak skema.

p/s* bab gambar tuh, jangan pikir macam2! maksud aku, just gambar diri sendiri yang sangat berlainan dari diri sendiri di mata kawan2 di alam nyata! HAHAHH!!!

Sekarang, rasa ke-best-an MS dari FB mungkin ade kot, tapi dah berkurangan sedikit. Aku pun dah jarang2 sangat login MS. FS? Lagi lah. Hampeh. Memang FS HAMPEHHH!! Tak best langsung. Takde kemajuan! Kadang2 bila edit profile, langsung tak update yang aku dah edit tuh. Tak ke bengang?

Ok, sekarang cerita pasal FB. Aku sangat malas nak online sejak dah keje nih. Sebab balik keje pun dah lewat, sampai umah dah malam. Dari aku online, lebih baik aku rehat dan tido. Kalo online pun, just nak tengok coretan orang kat Wall aku, jenguk2 friend request, tinjau2 cerita kawan2 kat Home. Tapi untuk approve friend request & reply Wall post? Sangat malas! Kalo friend request yang tak guna gambar sendiri tuh, memang aku tak approve langsung!

Sekarang ni ade la rajin sket online. Rajin SIKIT approve friend request dan reply Wall post. SIKIT aje. ;p


current default picture. yiihaaa...!! aku sukeww!! ;DD



About Me


Kenapa aku coretkan - the ONLY THING you truly know about me is MY NAME. ? Sebab memang fakta kan? Memang betul kan? Kesimpulannya, DONT JUDGE A BOOK BY IT'S COVER! Itulah yang ingin ku sampaikan.

333
(28.02.2010)


Di kala Facebookers yang lain sibuk "mengumpulkan" rakan-rakan siber mereka, aku plak malas nak meramaikan kawan "PALSU". Untuk apa ya mempunyai ramai kawan di FB? Ia bukan kawan yang real, bukan? Adakah ada manfaat yang sangat berguna jika mempunyai ramai FRIEND di FB? Mungkin ade yang rasa seronok ada ramai kawan, mungkin yang rasa dirinya sangat femes bila ramai yang add dia, mungkin orang suka ramai kawan di FB sebab ramai yang boleh comment gambar diorang, dan macam2 lagi lah.

Ntah. Mungkin pendapat korang lain. Sebab kita melihat dari perspektif yang berbeza. Sebab keinginan kita juga mungkin berbeza.


Introduction? What the heck?


Menyampah sungguh bila ada orang mintak aku bagi introduction. Tak kira la sama ada aku add diorang or diorang add aku. Introduction ape yang korang nak? Nama? Tarikh lahir? Umur? Hometown? Stay mane? Biodata? Macam tu? So childish and so unnatural. Dan tak spontan langsung! Furthermore, untuk apa semua ni kat Wall aku :-


apakah anda tidak tahu membaca?


*p/s - Relationship Status : Single? Uuppss...


sepanjang masa appear Offline


Sebab? Sebab aku memang taksuka Chatting kot. Dan aku tak suka bila tiba2 jer ade orang buzz aku, nak ber-chatting. Sesungguhnya aku tidak mempunyai masa untuk ber-chatting!


Go Offline! yeahh..!! ;p




owh. saya tidak suka ini


Macam2 request ada. Farmville, Fishville, Petville neighbour, Countrylife, Restaurant City, Cafe World neighbour, Mafia Wars, Sorority Life, Causes invitation, friendship request, icecream dream request, kirby request, dan macam2 lagi lah.

Kenapa kat FB nih takde button yang boleh klik & ignore semua request dengan hanya satu klik? Atau klik yang mana taknak, & ignore them just by one click! Atau klik mana yang nak accept & just click satu kali untuk accept yang kita nak?? Macam kat MS. Paham tak maksud aku? Sungguh malas aku nak bukak dan ignore request2 ni satu persatu. So, aku biar camtu jer. Tak pernah jenguk pun semua request tu.



Convocation gift.
maybe dihantar around bulan Ogos tahun lepas.
tengoklah. ni buktinya se-berapa lama-nya aku tak jenguk2 request2 yang ada.
*terima kasih ya kawan2! :)


Tadi masa aku browse through request2 tu, mataku tertarik pada yang ini :-

anda rasa saya kiut?? owh. terima kasih. ;D
aku approve! hahah~ ;p


Dah lama tak ambik kuiz. Ni lah kuiz terbaru yang aku ambik. Saje2 nak ambik, seperti juga reason aku ambik kuiz2 lain - SAJE2, SUKE2 :-


yeah, Edward Cullen is my boyfie. ;p


Seperti juga di mana-mana laman sosial, akan ada manusia2 yang annoying. Sesungguhnya aku memang tidak suka dengan sesetengah Facebooker yang agak annoying dan menggelikan. Contohnya seperti ini :-


Kalo kamu mau kenalan sama aku, ya silakan aja. tapi ngak perlu mesej ke Inbox ku. terus aja ke Wall ku. tapi jangan bilang "boleh berkenalan?". kayaknya seperti ada yang aneh. geli sih aku baca'in mesejnya.

Aku tak tahu apa pandangan korang kalo korang dapat mesej camni (dan aku tau, ramai yang berpengalaman macam aku nih). Tapi bagi aku, AKU GELIIIII...!!!!!

Memang aku block aje lelaki seperti itu!

Seperti juga manusia yang annoying dan tidak paham2 bahasa, seperti ini:-

Kalo gue udah bilang ke Wall aja, makanya ke Wall aja lah sih! Ini tak. Dah aku cakap camtu, maknanya aku taksuka mesej2 di Inbox. Dah tau aku taksuka mesej2 di Inbox, tak perlu la nak teruskan pertanyaan dan sembang-sembang di Inbox. Ngerti ngak kamu??

Manusia ini juga memang tidak paham bahasa. Bukan setakat tidak paham bahasa, malah tidak berputus asa :-

ape HAI HAI??


Kalau sudah berkali2 kita mesej orang, dan orang itu tidak pula membalas mesej kita, maksudnya apa? Maksudnya orang itu memang taknak layan kita lah! So, takpayah la berkali-kali hantar mesej yang sama, dol!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Manusia ni memang ramai yang pelik2 kan? Makanya lebih baik aku jadi vampire.

Edward Cullen,,,,pls marry meeee....!!!

AHAHAHAHAHAHAAHAHAHHHHHH.....!!!!!!!!!!!!!!! ;DD





.