Wednesday, July 21, 2010

Dinner at Benafee Village

erkk..blur la plak


Tadi pegi makan kat Benafee Village lagi. Orang ajak, aku ikut jerla. Sebenarnye nak makan ngan client, nak belanja dia dinner. So, pegi ler ambik client tu tu kat New York Hotel dulu. Alahaii..dekat sangat ngan Benafee Village. Sebab tu la kitorang ajak dia makan ka Benafee Village jer. Tak payah pegi jauh2.

Kali ni bos aku yang order. Sebab dia tanya kitorang nak makan ape, kitorang cakap semua ok jer. Order jerla pape pun, semua aku makan. Hehee~

Masa sampai kat situ, parking semua penuh. Wahhh...ramai giler orang. Pusing, pusing..akhirnya kitorang park kat tepi jalan jer.




Seperti biasa (takde la biase pun, ni baru kali kedua aku datang sini), makanan dia memang best. Sampai menjilat jari wa cakap lu. Sampaikan bos aku tambah lauk lagi (order lagi).

Tapi yang kureng kat sini, service la. Kitorang order 4 lauk. Satu lauk sampai dulu kat meja kitorang. Air blom sampai lagi. Pastu air sampai, & nasik plak sampai. Satu lauk sampai lagi. Kitorang dah makan nasik separuh, lauk2 lain blom sampai lagi. Lauk yang ade kat meja kitorang pun dah abes dah.

So, kitorang stop makan kjap. Tak menikmati makanan la camni kan, makan kena stop2. Aduhh~~

Beberapa kali kitorang mintak lauk yang blom sampai tu. Waiter2 tu cakap, jem kat dapur. Itu bukan alasan, ok. You bukak kedai makan, you should know what your customer wants, and for sure you know what should do, ok. Kitorang datang untuk makan, bukan untuk menunggu makanan dan bukan untuk mendengar alasan.

Sorang waiter cakap; boleh tak tunggu 3, 4 minit lagi (waiter nih sopan sket). Sorang lagi cakap, 10 minit lagi coz jem kat dapur. Haihh~~ pape jerlah.

Lagi satu, waiter2 nih macam tak dilatih la. First, kitorang ada 4 orang, & kitorang duduk kat meja untuk 4 orang. Tapi cutleri ade 2 set jer. Nape la tak tengok dulu ape yang takde & ape yang tak cukup kat meja tu? Thats the first thing you should observe, girl. Sampai la makanan dah sampai, diorang tak jugak letak cutleri. Aku dah mintak, baru dia bagi. Adoii~~

And then, kalo orang blom abes makan dan masih mengunyah, jangan lah terus nak angkat pinggan kitorang. And lauk pun masih ade kat atas meja kitorang, blom abes makan lagi. Walaupun yang kitorang makan tu bukan makanan dalam pinggan tu (aku tengah makan otak2 time tu). Tunggu la kitorang abes mengunyah dulu.

Bos aku cakap : diorang tak cukup pinggan kot (buat lawak). Hahah~~

Bos aku cakap lagi : diorang ni macam tak diajar la (tak diajar camana nak jadik waiter).

Aku plak cakap : diorang kena masuk kursus lah (kursus untuk waiter2).

Sebelum ni aku pernah makan Nasi Ayam Penyet kat situ ngan office mates. Kitorang mintak sambal lebih, tapi nasik tu dah nak abes, sambal masih blom sampai. Aeeeiiiii...sengal lah pompuan nih. Kitorang mintak ngan waiter lain, baru dapat.

Sabor jerlah eden. Naseb baek makanan semua best2. Kalo makanan tak best & service pun kurang, sumpah takkan pegi lagi.



.

No comments: