Wednesday, January 5, 2011

Mahkamah JB pindah ke Menara MSC Cyberport. kesian saya.


Minggu ni mahkamah Johor Bahru dah pindah dan mula beroperasi kat bangunan baru. Dari Court House kat Jalan Dato’ Onn dan Jalan Ayer Molek, ke Menara MSC Cyberport (dahulu dikenali sebagai Menara Sarawak), kat Stulang Laut. Untuk makluman semua, hanya Mahkamah bahagian sivil (Majistret, Seyen dan Mahkamah Tinggi) jer yang pindah. Mahkamah bahagian jenayah, trafik dan juvana masih di Mahkamah yang lama.



Kompleks Mahkamah Tinggi kat Jalan Dato' Onn




Menara MSC Cyberport.

*both pictures from Google.







Blue arrow : Court House kat Jalan Dato' Onn dan Jalan Ayer Molek.
Red arrow : Menara MSC Cyberport.
*sila klik untuk tumbesaran gambar.


Harini first time aku pegi kat Mahkamah kat Menara MSC Cyberpot tu. Dah la jauh. Kesian lah untuk orang yang takde transport dan menjadi pengguna public transport macam aku ni. Lagi aku duk kat Skudai. Kalo naik bas, kena tukar bas kat bandar. So, kena naik 2 bas la. Huuu~~ tadi penat gile kau. Agak jauh jgak jalan kaki dari tempat bas berhenti (bukan bus stop). Bus stop pun takde. Nak tunggu bas pun susah. Dah la kena lintas jalan besar, takde jejantas, banyak lori kontena plak tu. Sebab kat situ dekat dengan kastam lori. Huiihh~ takot mak nak lintas jalan! (takpe, tunggu beberapa minggu lagi, aku akan menunggang "binatang kaki empat bulat".huahuaa~ ;p)

Penat toksah cerita lah. Kaki aku nih yang tersangat penat. Dah la pakai high heel. Jalan jauh plak. Pastu kat mahkamah pun kena terkejar sana, terkejar sini. Balik office tadi, kaki asyik kejang2 jer. Saket giler wa cakap lu.

Dan seperti yang dikhabarkan oleh lawyer2 yang dah pegi ke sana, keadaan kat situ memang huru hara dan kelam kabut. Aku rasa kalo mana2 Mahkamah pindah ke bangunan baru, memang akan jadi camtu. Tapi kalo pindah ke Kompleks Mahkamah, aku rasa takde la huru hara sangat kot. Masalahnya sekarang ni Mahkamah pindah kat bangunan pejabat, yang tak sesuai langsung untuk dijadikan sebagai Mahkamah.

At least kalo kat Kompleks Mahkamah, kita tau la jugak kat mana kaunter, kat mana bilik pendaftar, kat mana mahkamah terbuka. Sebab memang nampak dengan jelas dan nyata, sebab tempat tu memang khas dijadikan untuk mahkamah. Tapi bayangkan lah mahkamah kat bangunan pejabat? Walaupun dah diubahsuai untuk dijadikan Mahkamah, keadaan tetap kelam kabut.

Tadi kat mahkamah, memang pening kepala aku. Nak cari kaunter bankruptcy, senarai kes, tempat pendengaran kes, bilik pendaftar. Huihh~ kena naik turun lif. Dah la lif lembab giler! Bengang jer kan. Dan semalam, aku dengar ramai lawyer yang mengeluh. Yerlah, sape tak pening. Itu baru lawyer. Orang awam camane? Defendan? Memang diorang pun pening dan LOST! Tak tau kes kat mana, tunggu kat tempat yang salah. Diorang ni yang paling aku kesian.

Tapi nak buat camane kan. Bukan salah ibu mengandung. Yerlah, Court House kat Jalan Dato’ Onn dan Jalan Ayer Molek dah tak mampu menampung bilangan mahkamah yang makin bertambah dan kes2 serta manusia yang ramai.

Satu2nya penyelesaian : JOHOR BAHRU PERLU ADA KOMPLEKS MAHKAMAH! Kompleks mahkamah sendiri yang besar dan cukup untuk memuatkan semua mahkamah kat JB nih.

Melaka ada kompleks mahkamah. Muar pun ada kompleks mahkamah. Tapi kenapa JB takde kompleks mahkamah? Bayangkan Mahkamah Tinggi JB pun dah ada 7 mahkamah (Muar ada 2 Mahkamah Tinggi). Belum masuk Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, termasuk lah Mahkamah Juvana & Mahkamah Khas Trafik. Memang kat JB ni ter-sangat memerlukan sebuah kompleks mahkamah.

Yang aku tau, memang ada perancangan nak buat kompleks mahkamah kat Nusajaya. Tapi sampai sekarang, tapak kompleks tu masih merupakan tanah kelapa sawit (ni ada orang cakap). Huh. Watdeheck. Agak2 bila kompleks tu nak siap ye? Atau sekurang2nya : bila nak mulakan proses pembinaan kompleks tu ye?



*p/s : Celcom EDGE. lembab tahap siput babi. dah pagi baru dapat post entri nih. xP



.

No comments: