Wednesday, January 5, 2011

tomorrow's Exchange Gift session

Ini lah penyelesaian kepada ENTRI NI. Tadi lepas keje, pegi cari hadiah. Dari semalam aku cari hadiah. Tapi satu pun aku tak berkenan. Tadi pegi cari lagi. Penat giler. Akhirnya jumpa jugak yang aku berkenan, dan aku rasa cantik. Tapi tak tau la kalo akak tu berkenan ke tak. Aku jer yang berkenan kan? muahahaa~

Aku pilih blouse ni sebab aku pernah tengok akak tu pakai blouse kelawar camni. Yang ni kaler krim, simple dan nampak elegan *elegan la sangat. Harga pun ok, tak mahal sangat dan of course lebih RM10 seperti yang telah ditetapkan.


klik pada gambar untuk tumbesaran.


Kali pertama tengok, terus berkenan.
Dalam hati terdetik : yang ni sesuai!
Aku berkenan untuk akak tu la. Aku tak suka pakai baju camni.
*nanti pandai2 la dia pakai inner, kan. sebab kalo tak pakai inner, seksi mendedahkan aurat! paham2 la baju kelawar camane. ;)



Aku berkenan kat details kat depan ni.
Simple, tak sarat, tapi menarik.
Hopefully akak tu suka.
Tapi walaupun dia tak suka, hado aku kesah?
Dah beli dah pun. Janji haku ekhlas, kan kan?




Huiihhh..dah pukul 1 a.m, aku masih belum tidur. Dah mengantok tahap cipan, sejak beberapa jam yang lepas. Dan esok pula kena pegi Mahkamah. Minggu ni Mahkamah JB dah mula bersidang kat bangunan baru, kat Menara MSC Cyberport (dulu Menara Sarawak) kat Stulang Laut. Mahkamah bahagian sivil jer yang pindah (Majistret, Sesyen dan Tinggi). Mahkamah bahagian jenayah, trafik dan juvana masih di Kompleks Mahkamah kat Jalan Dato' Onn dan Jalan Ayer Molek.

Dan esok kali pertama aku pegi Mahkamah kat sana. Tak tau la camane esok nih *pagi nanti. Dengar cerita, HURU HARA! Biasa la, mula2 pindah mesti akan jadi camtu. Fail takde, kes not listed. Tunggu berjam2. Ramai orang lost. Dah agak dari awal dah.

Oh gosh~ kena tido sekarang jugak!

BYE BYE & SWEETDREAM DEAREST BLOGGERS~~


*p/s : tertanya2 apa yang aku akan dapat untuk Exchange Gift esok. dan dari siapa? -.-'


.

No comments: