Tuesday, February 15, 2011

Rombongan cik kiah tengok KHURAFAT




Actually dah 2 minggu lepas aku tengok movie nih. Sekarang baru sempat nak update. T_T

Macam biasa, setiap hari Sabtu minggu ke-5 semua orang kat office tu kena keje. Budak2 nih plan nak tengok movie after office hour, cite Khurafat. Aku yang takde ape2 plan lepas office hour, ikot jerlah diorang. Lagipun aku blom tengok lagi movie tu. Ramai tuh rombongan kitorang, 11 orang. Macam rombongan cik kiah plak. ;D

Komen aku pasal movie ni, OK jerla kot. Takde la best sangat atau seram takot tahap melampau. Cuma banyak terkejut2 lemah jantung jer. Serius, memang aku terkejut tahap cipan. Tetiba2 jer hantu muncul. Menyumpah gak aku dalam hati sebab movie ni asyik buat aku terkejut jer. ;DD

Tapi konsentrasi kitorang ade sedikit terganggu ngan budak2 tak empuk + jakun kat belakang kitorang. Bukan sedikit. Bagi aku, banyak kot.

Huh. Ade ke sepanjang movie tu, diorang asyik bercakap tak henti2. Asyik comment pasal movie tu. Sekali kitorang “sshhhhhhh….!!!!”, sekali diam. Pastu cakap2 balik.

Kitorang cakap “masyaAllah..ape yang bising sangat kat belakang nih”. Pun diorang buat2 tak paham jugak.

Aku cakap “masuk jerla dalam movie tu”. Pun diorang BUAT2 tak paham jugak.

Ade sekali tu, diorang duk berteka teki ngan sesama diorang.

“Dia dah mati la.”

“Dia dah bla bla bla…”

“Dia bla bla bla..”

Last2 ada budak ngan aku nih cakap “Tak la. Dia berlakon jer”


Muahahahaaa~ aku nak tergelak giler.


Diorang asyik pot pet pot pet pot pet. Tak boleh duk diam ker? Kalo nak pot pet pot pet camtu, baik korang beli vcd, tengok kat umah jer. Pastu kau nak buat berapa banyak ulasan sambil tengok movie tu pun, buat lah. Takde orang nak marah. Takde orang yang terganggu ngan ulasan korang tu.

Tak paham ke korang tu mengganggu konsentrasi orang lain yang nak tengok movie ni?

Kepada sape2 yang pegi tengok movie kat panggung wayang, tolong lah jangan buat perangai tak empuk camtu. Sangat menjengkelkan, ok. Tak malu ke buat camtu? Macam JAKUN sangat, tak pernah tengok movie kat hall.

OK BYE! 


.

No comments: