Thursday, March 3, 2011

penat tahap melampau.

Selamat pagi semua! 
 
Entri ringkas yang tak berapa ringkas sebelum berangkat ke tempat keje. 
 
 
 
 
Entah kenapa la sejak dua menjak ni terlalu berat melampau2 sangat (ok, ayat melampau) tangan aku nih nak menaip2 dan update blog. Mungkin sebab terlalu penat. Balik dari keje, online kejap. Lepastu terus rasa mengantok tahap gaban. Pastu terus kroihh kroihhh...Tertido depan tv, tertido depan laptop. 
 
Pastu terjaga tengah2 malam atau awal pagi. Tutup tv. Off laptop. Tak pun, sambung tengok tv atau sambung online. Tapi tetap tak larat nak taip entri. Pastu sambung tido...ZZzzzzz......
 
Macam tu la setiap hari.






Sampai nak update entry yang simple dan pendek pun rasa berat sangat. Entri pasal trip ke Universal Studio baru settle beberapa hari yang lepas, walaupun pegi sana dah sebulan lebih. Dah basi dah pun cerita tu, kan. 

Hajat hati nak update pasal cerita balik kampung haritu, nak buat PART2 macam entri USS tu jugak. Tapi sampai sekarang tak update lagi. Tak termampu nak update. Mungkin sebab gambar yang nak di upload pun banyak. Kena edit2 dulu, letak watermark semua. 

Pastu, minggu lepas ada dinner ngan BSN dan Johore Bar Annual Dinner and Dance. Pun masih blom update. Tak termampu jugak nak update. Tapi insyaAllah akan update dalam masa terdekat nih.

Haiihhhh~ ape nak jadi nih. Apa guna ada blog kalo tak update? Orang lain pun busy jugak, tapi tetap update blog, kan. huuu~~ sedeyy. [x_O] 

Bila dah busy dan penat tahap melampau nih, rasa macam hidup pun dah tak terurus. Tidur tak cukup. Kat tempat keje pun asyik menguap jer. Panda eyes toksah cakap lah. Dan minggu depan mungkin lagi busy. Banyak yang nak kena di-settle-kan by next week. Kena kembali ke hidup balik-keje-lambat-kena-stay-sampai-malam. Ok fine. Redha jer. Ini lah kehidupan.

Byebye. 


*p/s : taip entri ngan mata yang masih mengantok, walaupun dah siap mandi dan tengah bersiap nak pegi keje. sigh~


.

No comments: