Wednesday, April 6, 2011

bila orang cakap aku dah kurus. suka-nya aku. ;D

Ada orang cakap aku dah nampak kurus. 

Gadis : cik dah nampak kurus. 

Aku : (buat2 tekejut dan tak percaya) hah, yeke? 

Gadis : betul. tadi tengok dari belakang, nampak macam kecik jer. 

Aku : (kembang jap sebab dah lama tkde orang cakap aku nih kecik) Err~ ntah la. tapi sejak kebelakangan ni memang takde selera makan. nafsu makan dah berkurangan, tak macam dulu, asyik nak makan jer. 

Encik Z : yeke? nape takde selera makan? ada tips tak?

Aku : hehee~ takde la. tak tau la kenapa. memang takde selera. 



Perbualan lebih kurang macam ni la. Aku pun dah tak berapa ingat. 

Lepas tu balik rumah jer, terus menjejakkan kaki atas weight scale. Dengan harapan, jarum weight scale itu akan menunjuk ke angka yang lebih rendah dari sebelum ini. 

Tapi...hampa dan hampeh. Sama jer cam dulu. Ceh. Kemain lagi hati aku berbunga2 sebab ingat dah betul2 hilang lemak. Wuwuwuwwuuuu~  T_T

Terima kasih lah si Gadis itu sebab bagi aku harapan untuk kelihatan kurus. Kahkahkahhh~ ;DD 

Yerlah, dulu semua orang cakap aku makin gemok dan makin bulat. Sekarang bila ada orang cakap dah kurus, of coz la happy suka hati kemain.






Eleh kau. Tak diet, melantak kemain, pemakanan tak jaga, ada hati nak kurus? Punca pertambahan kilo nih dari diri sendiri jugak la. Malas nak jaga pemakanan, dan malas nak diet. 

Dulu ada jugak berazam dan berangan nak kurus dengan berdiet. Tapi macam biasa la, aku dan diet tak pernah serasi. Kejap jer aku kuat semangat diet. Hilang 2 kilo jer. Pastu dah malas nak diet2 dah. Tak sanggup lah nak diet lebih2. Aku ni dah la suka makan. Makan banyak pulak tu. 

Sebab tu la aku respek btol kat orang yang boleh diet sampai tak makan nasik berbulan2. Perghh~ giler kentang punye extrem diorang punye diet. Tapi memang boleh nampak lah hasilnya. Tapi (lagi) agak membahayakan kesihatan  la, kan. 

Takpe, pelan2 kayuh yer cik Nini. Sikit2 lama2 jadik bukit. Sikit2 diet, bukan sikit2 kumpul lemak jadik bukit. Kahkahkahh~  ;D 


Ok bye! 


.

No comments: