Saturday, April 2, 2011

Laksa Penang pasar malam pun best jugakk~

Selamat pagi semua~ 

Harini hari Sabtu. Jadi, selamat ber-hujung minggu diucapkan kepada semua *ntah hape2 jer ayat haku nih

Malangnyer tak boleh nak memanjakan diri dengan tidur dan berehat sepuas-puasnya pagi ni. Sebab harini perlu kerja. Aku sepatutnya kerja minggu depan. Tapi ada hal pulakk~ So, tukar ngan lawyer lain. Aku kerja harini, dia kerja minggu depan. Hahaa~ perancangan untuk plan minggu depan kena ada. ;D 






Hari Khamis aku pegi ke pasar malam kat area rumah aku nih. Dah dua minggu kot teringin nak makan Laksa Penang yang best hingga menjilat sudu kat satu gerai ni. Dulu aku pernah beli kat gerai pakcik tu. Memang lazat sungguh. Murah pulak tu. RM1.50 jer sebungkus. Takde la banyak sangat. Padan la ngan harga dia. Aku beli sebungkus jer. Tapi bila dah makan tu, rasa tak cukup la pulakk~ Sebab memang best giler wa cakap lu. Memang cukup semua rasa. Kuah pun pekat. 

Dua minggu lepas ada jugak pegi cari Laksa Penang tu. Tapi tak jumpa la pulak gerai pakcik tu. Mana pakcik tu? Mungkin sebab time tu dah pukul 9lebih, so pakcik tu dah tutup gerai kot. Tu la, balik keje pun dah lambat. Ada hati nak pegi pasar malam yang tak beroperasi sampai tengah malam. T_T  

Hari Khamis balik keje agak awal, so sempat la menyinggah kat pasar malam dan........YAYY!! jumpa jgak gerai pakcik tu.


Perghhh~ Tak agak2.
Dua bungkus sekali aku bedal. Memang kuat melantak aku nih. 
Pastu ada hati nak kurus?



Penuh satu mangkuk!
Pagi2 buta ni saje aku nak meng-kriuk-kriuk-kan perut korang, buat buat perut korang menyanyi2, buat korang berasa lapar. 
Ngehngehh~

.

Pehh~ memang mantap lazat berkrim disukai ramai lah. Tapi macam banyak la pulak. Tu la, orang tua2 cakap, orang tamak selalu rugi. Akibat terlalu banyak, sampai ke tengah malam jugak baru habis aku makan laksa nih. Jenuh nak habiskan laksa tu. Walaupun dah mengantuk tahap gaban, tak baik membazir. T_T

Laksa Penang pasar malam pun best jugakk, kan. Tak payah susah2 nak mencari kat tempat yang class2 dan yang mahal2. Kat pasar malam pun berlambak makanan yang best2. Murah lagi you ols~


Bercakap pasal makan2 nih, petang ni nak pegi melantak buah durian kat kebun durian kat Gelang Patah pulakk~ Oh dah terbayang2 keenakan buah durian itu. Yummeehhhh~~


Ok bye!



.

4 comments:

Anonymous said...

saya suka laksa...!!!!

ardinihumaira said...

fav dni! siap merengek suh mak buatkan kalo rasa cam tak tahan nak makan laksa malam2 hehee:)

Nini Mohd said...

zoey : saya pon! ;)

Nini Mohd said...

Dni : tu la, fav saya juga! huhuu~ bertuah la Dni ada mak yang boleh tolong buatkan kalo mengidam nak makan. Macam saya ni, kena beli kat kedai jer. tu pun susah nak jumpa yang betul2 sedap.