Thursday, April 14, 2011

Wednesday-Movie-Day : Just Go With It.

Semalam rakan2 se-office ajak pegi tengok movie. Dah lama dah kot aku tak tengok wayang. Diorang nak tengok movie Just Go With It. Disebabkan dah lama aku tak tengok movie dan tak update diri sendiri ngan movie apa yang ada kat wayang sekarang, so, macam tak tau la movie Just Go With It tu movie pasal ape. Yang aku tau, movie komedi. So, aku on jerla. Lagipun semalam stress giler ngan keje. Dah alang2 stress tu, boleh lah nak release tension ngan menonton wayang. *alasan konon

Lagipun Adam Sandler yang berlakon. Giler tak lawak movie komedi tu? *paham tak?





Tengok trailer pun dah lawak, tergelak2. Aku yang dah tengok movie ni pun masih tergelak bila tengok trailer nih. Hahaa~ 

A plastic surgeon (Adam Sandler), who pretends to be married as a pick up line, finally meets the woman of his dreams (Brooklyn Decker). He doesn’t use the pick up line on her but when she finds the wedding band he uses and she believes him to be married, he has to tell her he’s getting a divorce. He asks his office manager (Jennifer Aniston) and her children to pose as his family in order to prove his story.


Mengisahkan seorang lelaki (Danny) yang mengaku dia dah berkahwin, dan cerita macam2 masalah yang direka2 dalam "rumahtangga" dia untuk menarik pehatian pompuan. Tu cara dia untuk pikat pompuan (macam ni punya orang pun ada ke?). 20 tahun tuh dia hidup ngan menipu camtu. Masa dia mudah, dia pernah nak kawen. Tapi tak jadi kawen. Sebab tu jadi camtu kot. Pengajaran dari cerita nih, tak perlu la menipu sebab bila dah start, susah nak berhenti (macam yang dikatakan dalam trailer nih).






Movie ni memang kelakar giler. Dari start, sampai habis, tak habis2 satu panggung gelak. Mula2 start, hampir2 tak cam Adam Sandler sebab hidung dia besar. Lepas dah realize, memang aku tergelak giler. 

Tapi movie ni agak 18SX lah. Bukan agak, memang 18SX pun. Awal2 movie ni start dah ada amaran 18SX. So, tak payah la bagi budak2 tengok movie nih. Memang ada unsur2 kelucahan yag ketara. Tak sopan dan tak senonoh langsung.

Oh, si Brooklyn Decker itu sangat hot seksi meksi body meletop. Sure lah ramai yang meleleh2 tengok dia dalam movie nih. Jennifer Aniston (Katherine kot nama dia dalam movie tu. Dah lupa) plak sekali pandang dia (masa dia pretend jadik isteri Danny), macam Victoria Beckham la pulakk~ Mungkin sebab kurus sangat kot.

Anak2 Katherine pun lawak jugak. Sorang tak abes2 nak pegi Hawaii, sorang lagi tak abes2 ngan Bristish accent. Tapi diorang tetap comel giler. Taknak cite lebih2. Korang tengok la sendiri. Memang tak rugi duit aku RM6 untuk btiket nih (eh, lupe plak aku blom bayar lagi duit boss aku yang tolong bayarkan dulu tiket tu).

Semua scene dalam movie nih aku suka kot. Sebab semua buat aku (dan semua orang) ketawa macam nak pecah panggung. Tapi nasib baik la panggung tak penuh. Kalo tak lagi bingit. Hahaa~ 

Ok la movie nih, best. At least hilang jugak stress aku. Terhibur jugak hati aku nih. ;D



* p/s : canteknyeerrrr Hawaiiiiiiiiiiii.............rasa macam nak jer pegi sana. ^^ 


.

No comments: