Friday, May 20, 2011

Fast Five yang melajukan adrenalin.

Lepas keje tadi pegi tengok movie. Biasanya aku tengok movie, coz Wednesday Movie Day. Yerlah, lepas balik keje, boleh terus beli tiket & tengok wayang. Jimat plak tu. Hahaa~ Bukan kedekut okeh. Tapi tadi macam boring plak. Rasa macam dah lama tak tengok wayang. Padahal hari Ahad lepas baru jer tengok movie ngan Encik Kuneng. Nanti la aku review pasal movie aritu. 

So, tadi tengok movie Fast Five (Fast and Furious 5 atau jugak disebut Fast & Furious 5: Rio Heist). Actually dah lama nak tengok movie nih. Tapi takde masa dan takde kesempatan. -.-


Trailer. Best kan?


Bagi aku movie ni memang best. Yerlah, mana ada cite Fast & Furious yang tak best. Cuba kau bagitau. hahaa~ 

Dalam Fast & Furious kalini, abang botak kita i.e. Van Diesel dan rakan2 ada mission impossible, iaitu untuk merompak orang yang paling berpengaruh kat Rio.Berjaya ke diorang ngan mission impossible diorang? Korang kena la tengok sendiri. Tapi confirm la ramai yang dah tengok movie nih, kan. 

Kalini ada abang The Rock pulak. Abang botak jugakk. Tapi berjanggut daa~ The Rock jadik polis yang buru Van Diesel and the geng. Tapi dia jenis yang berdendam lah. Ada perangai jahat sket la. Paling tak suka bila The Rock selalu sebut "son of bi***". Ishh ishhhh...tak sopan sungguh.

Masa mula2 start movie ni pun dah suspen. Paling best masa diorang race ngan kereta polis. Masa diorang tarik bilik kebal ngan kereta sampai jauh camtu pun best. Nervous giler ok jantung wa. Betul2 melajukan adrenalin. Eleh, adrenalin la pulakk~ 

Tapi agak sedih dan tersentuh plak tengok time The Rock kena ambush. Tapi sebab kejadian kena ambush tu la The Rock jadik baik sket dan lembut hati ngan Van Diesel.

Movie ni best sebab banyak adegan racing, dan kereta2 cun. Ntah berapa banyak la kereta yang dijahanamkan untuk buat movie nih, kan. Especially masa diorang larikan bilik kebal tu. Ishhh ishhh ishhhh~ giler kentang. 

Tapi kan...logik ke dua buah kereta boleh tarik bilik kebal? Its BILIK KEBAL, okeh. Bukan PETI BESI. 


Dah lah, aku pun takde idea nak komen camane lagi movie nih. Mata pun dah terpejam2 dah nih. Esok kena keje pulakkk~

Ok bye. Good night. ^^

2 comments:

MOHD DIAH said...

cter yg baru ni cm kureng jela :(
aku ske yg dulu2..racing2 jew hahah

Nini Mohd said...

a'a. fast five ni kurang skit racing2 compare ngan yg dulu.
tapi ok la, yg ni pun best jugak. ;)