Sunday, August 7, 2011

Ally Iskandar putus tunang. At least diorang putus tunang ikut adat, baru bagitau media.

Rasanya satu Malaya dah tahu kisah putus tunang Ally Iskandar.


Hajat pengacara terkenal, Ally Iskandar untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini kini hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan yang diikat pada 11 Februari lalu putus di pertengahan jalan.

Ally yang melangsungkan pertunangan dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal mengesahkan perkara ini ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.

Sumber : Gua.com.my


“Sepanjang tempoh lima bulan mengikat tali pertunangan kami cuba untuk mencari keserasian, namun usaha itu menemui jalan buntu,” kata pengacara popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35, selebriti tempatan terbaru yang disahkan memutuskan ikatan pertunangan bersama naib juara Gadis Melayu 1, Nur Aishah Zainal.

Ally ketika ditemui di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam mengesahkan sudah memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nur Aishah, Sabtu lalu apabila kakak dan bapa saudaranya yang bertindak sebagai wakil ditugaskan ke rumah bekas tunangnya (rumah kakak Nur Aishah) di Ampang menyampaikan hasrat memutuskan pertunangan.

“Keputusan ini dibuat atas kata sepakat dan dibincang bersama sejak 23 Julai lalu. Dalam tempoh seminggu, kami cuba berbincang dan memperbaiki hubungan ini, namun usaha kami gagal, akhirnya jalan penyelesaiannya adalah putus tunang,” katanya.


Sumber : Harian Metro.


Belum reda kisah putus tunang Apek the so-called "hero Harimau Malaya", timbul pulak kisah putus tunang Ally Iskandar. Tapi yang ni aku respek la jugak. Sebab at least dia putus tunang ikut adat, i mean cuba cari jalan penyelesaian, berbincang ngan kedua2 belah family, pulangkan cincin dulu, then baru buat pengakuan kat media.

Bukan macam sesetengah orang tu yang tak reti nak ikut adat. Masih belum putus cara baik, cincin belum pulang, terus buat pengumuman kat media yang diorang dah putus tunang. Hellooooo??? Masa nak bertunang, pandai pulak kau masuk meminang anak dara orang ikut adat. Bawak rombongan, bawak mak bapak, bawak family masuk meminang anak dara orang. Kemain jauh dari pantai timur ke ibu kota. Bila nak putus, dah takde adab ke? Kalo camtu la, sia2 jadik orang timur yang kaya ngan adat. Wa selaku orang timur pun malu camni.

Huh.

Apesal aku tetiba emosi nh?



So sweet~
Tapi hanya tinggal kenangan.




Nak buat camana, kan. dah takde jodoh.

Tapi bila dengar banyak kisah camni, seram jugak. Mintak dijauhkan la dari benda2 camni. Amin...



.

No comments: