Monday, October 3, 2011

Emas untuk batal air sembahyang | Jalan2 lagi.

Actually entry ni sambungan kepada ENTRI NI.


Disebabkan panjang sangat, aku malas nak sambung update entri tu. Terus sambung kat entri ni. Kahkahh~ pemalas punyer pompuan. Dah la dah lama tak update blog. Lagi nak malas2 camni.


Ok2 dah.



Lepas tengok movie, kitorang jalan2 la kat City Square tu sebab tengok wayang pun kat situ jugak.


Lepastu pegi Plaza Angsana plak, sebab nak pegi event pengantin kat sana. Ekspo pengantin ke pameran pengantin ntah. Kebetulan Encik Tunang balik ni, sesuai sangat la pegi event tu ngan dia. Boleh survey2 apa yang patut. Hihii~


Tapi event tu blom start lagi. Rupa2nya event tu start 30hb, which is the next day. Dan rupa2nya yang start 29hb tu adalah Karnival Kahwin-Kahwin, yang Norhaniza Idris nikah tu. Masa kitorang pegi kat event pengantin yang blom start tu, booth2 bridal boutique baru tengah set up pelamin. Memang cantik2 lah pelamin2 diorang. Berkenan ok.


Yang aku sempat tengok (pelamin yang dah siap), pelamin dari Astana Bridal. Sekali tengok, terus jatuh cinta. Maybe sebab kena ngan tema yang aku nak. Errr...dah ada tema ke? Tarikh pon blom confirm lagi. Huhu~


Nak tau pelamin tu camane?













Ini lah dia pelamin tu. 
Butik Astana Bridal dah upload gambar kat FB. 
So, sumber pic ni kat SINI.



Err..aku berkenan kat pokok2 kat atas tu jer. cantek jer. 
Kaler soft pink pulak tu. Huwaaa~ comelnyer. 
Tapi pelamin ni macam sesuai utk sanding ramai2 jer, kan. 
Kalo pakai kerusi jenis high back mesti aku lagi berkenan. Hihii~ 




Ok, berbalik pada cerita.


Disebabkan tak dapat survey pelamin @ butik pengantin, kitorang teruskan dengan jalan2 kat Plaza Angsana tu. Tetiba teringat pasal emas. Yer, emas untuk batal air sembahyang masa akad nikah nanti. Actually memang dah plan ngan Encik Tunang nak survey emas bulan ni. Tunggu time Encik Tunang balik jer.  Ape lagi, pegi ler survey2 dulu.


Survey punyer survey, terus beli yang berkenan. Erkk~ masa tu ada jugak terfikir - cepat sangat ke beli emas nih. Tapi sebab harga emas yang makin naik tak turun2, takpe la. Memang kena beli cepat2. Kalo makin lama, makin mahal pulak.


Harga emas masa kitorang beli ni RM189/gram (emas 916). Masa aku beli cincin beberapa bulan lepas (bulan 8 kot), baru 170. Huh, cepat giler naik. Emas kecik/nipis pun dah ribu raban. Hukhukk~ T_T  Naseb baek aku ni bukan lelaki, tak payah beli emas untuk bakal isteri. Huhuu~




Sneak peak (lah konon). Mana boleh tunjuk semua. Belum lagi jadi milik aku, kan.
Apekah ini? Gelang? Rantai? Alahh..senang sangat nak teka, kan. Hihii~



Aku ni dah la tak pandai memilih. Tapi Encik Tunang cakap cantik, dah kira ok la. Mula2 Encik Tunang cakap emas tu kecik/halus. Erk. Nak beli yang lagi besar/tebal ke? Aku rasa dah ok dah. Lagipun emas tu emas padat, bukannya jenis yang besar tapi kat dalamnya kosong. Lagipun (lagi) aku ni bukannya suka sangat pakai emas. Emas yang besar/tebal lagi la aku tak suka. Dah aku cakap camtu, Encik Tunang pun ok jerlah. Dah tentu aku yang nak pakai, kena la ikut selera aku. Walaupun yang habis tu duit dia. Hihii~


Tengok..untung kan dapat tunang macam aku ni? Kau engat senang nak dapat bakal isteri yang tak meminta2 & tak mintak benda mahal2 macam aku nih? *ok fine, berlagak giler. ;p


Err...tapi betul part "tak mintak benda mahal2" tu? Muahahaa~ ;D


Pastu Encik Kuneng sempat lagi buat permintaan - lepas nikah nanti, sentiasa pakai emas tu. Jangan tanggalkan. Aku pun meluahkan pendapat yang jujur - bahaya pakai emas. takot kena ragut, & macam2 la. Sengal jugak aku nih, walaupun apa yang aku cakap tu ada betulnya. Kan?


Ok, dah setel satu benda. Lega sikit. So, simpan la emas ni sampai tahun depan yang belum tau lagi tarikhnya bila. [x_O]


Lepas dah penat pusing2 kat Plaza Angsana tu, kitorang terus balik. Tapi Encik Tunang nak tengok tempat memancing kat Perling. Sebab esoknya nak pegi macing kat situ. Kolam memancing kat kampung ape ntah. Jauh ke pedalaman.


Sampai jer kat situ, diorang tengah keringkan air dalam kolam sebelah (bukan kolam yang guna untuk mancing ikan tu). Tengah tangkap ikan. Ngan tangan lagi tu.









Banyak giler ikan yang diorang tangkap. Yang diorang belum tangkap pun banyak giler duk berenang2 kat air cetek & duk melompat2 kat tempat kering tu. Ishhh...geram la plak aku tengok diorang tangkap ikan. Rasa macam nak turun dalam kolam tu & tangkap ikan jugak. Macam the good old days kat kampung, time kecik2 dulu. Hihii~ ;p


Ok lah, byeeee~~ 


.

No comments: