Friday, December 23, 2011

goodbye Hello Kitty, welcome pinky.

Entri semalam aku duk sedih laptop aku rosak. Harini lepas kerja, terus pegi beli laptop baru. Wahh...kemain pantas lagi kan.


Kenapa aku memilih untuk beli yang baru, instead of repair yang rosak tu? Ada banyak sebab. 


Firstly, sebab laptop lama tu dah lama giler. Maybe 5 tahun kot. Since aku belajar kat UKM. Aku rasa masa aku tahun 2. Tak pun masa semester 2 tahun 1. Aku rasa 5tahun tu dah cukup "tua" untuk laptop. So, memang dah agak nazak la laptop ni. 


Kedua, sebab dah banyak kali rosak, banyak kali repair, sampaikan aku pun dah takde mood nak repair lagi. Motherboard dia pernah rosak masa aku study dulu. Dah pernah tukar. RM700 lebih jugak tukar motherboard masa tu. Sekarang motherboard rosak lagi & kena tukar lagi? Huh. 


Ketiga, memang aku dah plan nak beli laptop baru. Sebab laptop ni dah agak lama, dan aku dah agak tak lama lagi innalillah ler laptop nih. Tapi tak ku sangka secepat ini. Hukhukk~ T_T


Dan sebab musabab yang membolehkan aku beli yang baru, mesti la sebab bonus baru masuk. Baru jer masuk, dah keluar balik. Huwwaaaaaa~ T_T





Heyyy....mana boleh takde laptop. Susah hidup aku nanti. Macam2 kerja yang nak kena buat. Mesti kena ada laptop. Kan?? 


So, aku malas nak fikir panjang sama ada nak beli ke tak. Malas nak pening2 lagi. So ini lah dia.....


goodbye hello kitty. 
welcome pinky. ^_^ 



OMG, you are soooooo PINKKKK!!!



and i'm soooooooo in love with you~  ^_^ 



Alumimium tough. I loike~




Dan free giftnyer.....


Beg.
Macam biasa, kalo beli laptop mesti dapat beg, kan. 


Hamper! 
Owh, first time dapat hamper macam ni.



Macam2 ada. 
Headphone, set skru, keyboard cover, mouse, cooling fan, LCD cleaner, and look...a Hello Kitty mouse pad. ;)



Actually aku tengok risalah laptop ASUS ni masa tengah tunggu amoi tu check laptop aku yang rosak semalam. Sekali pandang, terus jatuh cinta ngan laptop ni da... *errr..pernah ke aku tak jatuh cinta ngan barang2 berwarna pink nih? -.-'


So, ape lagi. Harini lepas keje terus aku pegi Danga City Mall & beli laptop nih. Takde nak survey2 dulu. Muahahaa~ Beli laptop macam beli keropok lekor jer. Nampak keropok lekor jer terus beli. Aku kan suka keropok lekor. Err...apa kaitan ngan keropok lekor nih. Ok fine.


Now hepi giler dah dapat laptop baru. Pink pulak tu. Macam yang aku duk mengidam selama ni. Rasa hepi macam kanak2 dapat lolipop. Atau kanak2 dapat cotton candy? Err...tapi bila terkenangkan $$$, terus rasa DOWN. *abes lah bonus.* 


Pengsan. 




Ok bye. 


Nak bersuka ria ngan new pinky lappy. ;p 



.

2 comments:

D said...

laptop kita sebijik!!!cuma i punya itam silver...hari tu nak yellow yg mcm gold..skali takde stok...huhu

Nini Mohd said...

eh yeke? huhuu~
masa sy beli tu semua warna ada stok. ;)