Saturday, May 12, 2012

20 hari lagi : last minute project

Yess...sekarang ni ada 1 last minute project sebelum ke hari itu.


Hari Sabtu lepas pegi Jakel, cari kain. Sebelum tu dah pegi Kamdar. Sebab biasanya kain kat Kamdar lagi murah kat Jakel. Tapi takde pulak kain yang aku nak. Kain yang lebih kurang pun mahal jugak.


Sebab Jakel tengah sale, tu yang tergerak hati nak cari kain kat sana. Alhamdulillah, ada jugak kain yang aku nak & harga pun ok la, murah jugak.


Ape last minute project tu? Tak boleh reveal lagi. Tunggu lepas dah jadi nanti, baru boleh reveal. Sebab aku pun tak tahu sempat ke tak nak buat semua tu. Project yang dari dulu plan pun masih pending, camane? T_T


Kalo tak sempat pun takpe la, sebab aku memang dah ada "back-up". Cuma mungkin agak kecewa la. Hewhewww~


Oh, Jakel dah macam tongkang pecah. Mentang2 la tengah sale & ramai customer, tak sempat nak kemas ea kain2 tu? Nak cari kain pun susah tau. Gulungan2 kain bersepah sana sini, sampai nak jalan pun susah.



.

No comments: