Thursday, May 24, 2012

Baju resepsi sudah dapat. Tapi...

*Ok, tajuk lebih kurang ngan ENTRY NI. cuma kena bezakan "SIAP" dengan "DAPAT".


Dua hari lepas, aku dah terima baju sanding. (yang ni baju sanding kat Terengganu untuk 2 Jun ni. kat ENTRY NI baju untuk resepsi kat JB) Itu pun akak aku yang tolong usahakan ambik baju tu. Kalo nak harapkan vendor tu sendiri yang hantar, tak tahu lah bila dia akan hantar.


Tapi yang sedihnyer, baju tu bukan design yang aku request. Tailor dia (vendor dan tailor orang yang berbeza) cakap dia tak dapat buat baju aku. So dia ganti ngan baju lain. Kalo setakat design lain je, maybe aku boleh terima. Tapi saiz pun memang tak ok. Baju tu sangat besar ngan aku, and sangat labuh! Aku dah try pakai high heel, tapi bila jalan, terpijak2 bahagian kain. Macam mana nak jalan time resepsi nanti, kan?


And warna baju ni pun lain dari yang aku nak. Yang aku request haritu warna baby blue/turqoise blue. Tapi yang dia bagi ni warna biru muda yg agak gelap sikit. Warna biru laut kot. Itu baju aku, i.e. baju pengantin perempuan.


Baju pengantin lelaki pulak, warna dah betul dah, sama macam yang kitorang nak. Tapi of course la warna sangat berbeza ngan baju pengantin perempuan. Seriously buruk giler & tak matching. Sangat buruk giler kalo warna sangat berbeza camni. Tone pun dah lain.




v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Kiri : baju lelaki. Kanan : baju perempuan.
Adakah matching?
Adakah vendor & tailor tersebut sudah hilang akal???



Kata vendor tu, warna baju perempuan & lelaki kena lain sikit, memang pengantin akan pakai macam ni. WTH? Haritu dia jugak cakap dia akan pastikan warna baju perempuan & lelaki SAMA. Yer, aku tau warna baju perempuan & lelaki takkan sama sebijik sejibik. Sebab buat dari kain yang berlainan. Tapi not too different macam ni!


Then baju lelaki ni pun dia bagi design lain. Bukan mcm yg kitorang request jgak. Saiz baju lelaki ni pun sangat besar! Haiyyaaa...berapa kali mahu cakap & mahu ingatkan tentang apa yang kitorang nak? Bukan ke kau dah catatkan semua?


Tailor & vendor tu cakap, kalo tak berkenan yg tu dia boleh pulangkan duit. Senangnyer diorang cakap. Masa diorang cakap tu, majlis aku lagi 10 hari. Aku terima baju tu kat tangan, majlis lagi 9 hari. Sekarang tinggal 8 hari jer. Mana aku nak cari baju? Korang bayangkan, sekarang ni memang musim orang kawen. Semua bridal dah fully booking. Ada ke baju yg masih available? & yang penting, ada ke saiz aku? Sebab aku nih pendek. Sebab tu aku nak buat baju yg custom made yang sesuai ngan saiz & ketinggian aku.


At least kalo dia cakap awal2 tak boleh buat, aku boleh cari tailor lain. Kenapa lah vendor tu cakap berbelit2 & tak jujur ngan customer. Aku dah SMS dia, nak mintak baju lain. Ngan tailor tu pun aku dah cakap semua. Kau dah buat salah macam ni, takkan taknak bertanggungjawab, kan? Nak pulangkan duit jer & suruh aku cari baju lain?


Diorang cakap, ada 1 baju warna biru yang tailor tu tengah buat. Tapi warna memang bukan biru macam yang aku nak. Maybe siap 31 Mei ni. Kalo sempat, dia bagi baju tu kat aku. What?? 31 Mei? Majlis akad nikah kitorang 1 Jun. Sanding 2 Jun. Aku berinai 31 Mei. Mana sempat nak fitting baju tu. & kalo baju tu besar, sape nak alter? Kalo baju tu labuh macam baju yang aku dapat ni & memang tak boleh pakai, macam mana??


Seriously aku sangat kecewa ngan vendor tu. Punyerlah berbelit dia cakap. Korang bayangkan aku dah book akhir tahun lepas & pegi ambik ukuran badan bulan Januari lagi. Dia cakap ikut prosedur 45 hari boleh siap. Aku harapkan baju kitorang siap cepat. Sebab nak cari tudung & kasut yang sesuai. At least beberapa minggu sebelum majlis pun dah ok. Boleh dia buat SHIT macam ni ek.


Takpe *sambil bersabar & dah terbayang nak buat apa nanti.


Sekarang ni tengah cuba survey baju lain untuk buat backup.


Ok, sekarang bleh bezakan "SIAP" dengan "DAPAT"? Yang "SIAP" tu, memang baju kita. Tapi yang "DAPAT" tu tak semestinya baju kita. Sekian.




*p/s : 8 more days to our big day.


.

8 comments:

Syu, Syuhada said...

sampai hatinye buat cmtu..
reveal je vendor tu biar org len boleh hati2 gak nini

Rina Hamid said...

ya Allah nape la truk sgt dorg wat cmtu..sabar eh nini..ni baju utk bertandang ke? las min dah tkot x smpt nak tukar..sbr eh nini..xleh mtk refund ke ape ke/

pena rozie said...

sabar...

Mawar said...

eiiii i yg baca ni pun geram!! sabar eh babe... dugaan ni.. i hope u dpt replacement soon. :( kalau i, saman je dia!!

Hanys Jehari said...

Uhh. Cant say sabar to you. Sakit hati plak bila baca...

Aida & Riana said...

mmg, vendor ni kadang2 merepek jek..mcm buta warna pun ye jgk..redha jek la konsepnye

Mr & Mrs Sallehudin said...

Kite pun aritu ada masalah sama mcm awak jugak. Hari yg kite nak amik baju kawen tu, tailor baru terhegeh-hegeh nak jahit bunga kat kaki baju tu.. geram betul...

Arora's said...

faham perasaan u.. if ada masa blh tambah beads ke pearl or bunga lace tampal warna baby blue sama mcm baju lelaki....utk matchingkan semula .. dulu my sis pun mcm tu ..lg 5 days siang malam tambah pearl..n contra semula pakai cari inner or pakai lace sama dgn lelaki.. dulu my sis pakai green pucuk pisang..end up bila siap dapat green btl2 green.. di buat oleh Man kajang.. tp bila dah 5 days buat penambahan..end up jd cantik ...dlm pic pn cantik.. n pearl warna mcm baju perempuan my sis tambah kat baju lelaki juga..