Monday, December 17, 2012

Honeymoon @ Krabi (Day 2) : Part 3

Sambungan dari ENTRI NI.

Lepas ber-island hopping, around pukul 4 ke 5 petang macam tu dah balik ke hotel. Seronok tak terkata! Tapi still rasa macam tak puas jer nak ber-island hopping. Takpe, next time datang sini, kita ber-island hopping banyak2 hari yer. ;p
 
Balik hotel, mandi2, bilas2 baju yang pegi pulau tadi (penuh ngan pasir!), rehat2 sekejap, baring2 (Encik Suami sempat tido. Jeles ai), terus bersiap2 nak pegi cari makan. Perut dah berbunyi2 minta diisi. Kepala aku dah terbayang2 keenakan pancake.
 
Hari sebelumnya, kitorang makan pancake kat Noparatthara Beach. Kalini nak try yang kat Ao Nang Beach pulak. So meronda2 la kitorang, cari deret2 gerai tepi pantai Ao Nang seperti yang diceritakan ramai blogger yang dah pegi ber-honeymoon kat sana.
 
Pusing punya pusing. Sampai la ke hujung jalan yang kitorang rasa dah terlepas gerai2 tu kot. So patah balik.
 
 
 Finally jumpa jugak!
 
 
 
 Terus ke hujung, jumpa la gerai makcik Yameenlah yang juga banyak diceritakan oleh blogger2 *gitew.
 
 
 
 Makanan ringan, cucuk2, ayam goreng, udang tempura, etc.
 
 
 
 
Harga fruitshake boleh tahan murah la jugak.
 
 
 
 Pancake jagung.
Kepunyaan Encik Suami.
 
 
 
 Banana choc pancake!
Oh my. Tetiba teringat, terus terliur dah.
Sape nak pegi Krabi dalam masa terdekat ni?
Aku nak kirim pancake nih. Teringin nak makan lagi hoii~ ;p
*macam la Krabi tu sekangkang kera jer ngan Malaysia, kan*
 
 
 
 Udnag tempura.
Encik Suami cakap : tebal ngan tepung jer.
Lorrr...nama pun udang tempura.
Tapi bila makan banyak2, rasa macam muak. -.-'
 
 
 
 Cucuk2.
Ke korang panggil benda ni ape?
 
 
 
 Fruitshake. Mango.
Best. Memang terasa mango.
 
 
 
 Muka hepi dapat makan pancake.



 Pastu terus makan dengan gelojohnya... ;p
 
 
 
Ni cucuk2 tadi.
Rasa sos dia masin sangat. -.-
 
 
 
Lepas makan2, terus pegi jalan2 kat pantai Ao Nang tu.
 
 
 
 Kat sini sangat banyak tailor yang buat suit & dress.
 
 
 
Tapi aku rasa harga kat sini takde la murah sangat.
Aku tak tempah. Tak minat la nak tempah2 suit ni. Aku beli yang dah siap jer. ;)
 
 
 
Kedai souvenier sangat banyak.
Kalau nak beli souvenier, better beli kat sini.
& please survey sepuas2 hati.
Sesetengah kedai sangat mahal, dan ada kedai/gerai yang sangat murah, padahal benda yang sama jer.
 
 
 
 Yeay! Baju yang beli kat Phi Phi Don petangnya.
*kat tangan tu pun baju jugak. soping baju jer kitorang nih. -.-
 
 
 kamu pun ♥ Phi Phi Island jugak ye? ;p
 
 
 
 Kat sepanjang jalan ni banyak jer ATM.
 
 
 
CIMB pun ada.
 
 
So kalau rasa2 tak cukup duit nak shopping, boleh la withdraw kat sini yer. Aku pun tak cukup duit nak shopping. Tapi tak dapat withdraw duit sebab tak aktifkan pengeluaran wang tunai luar negara dulu kat ATM sebelum datang sini. Sebab aku memang tak tahu pun kena buat macam tu. -.-

Actually dah plan nak dinner kat Wang Sai Seafood atau Chaba Thai. Tapi lepas jalan2 pun dua2 laki bini masih kenyang ngan pancake tadi, so tak dinner la kami malam tu.
 
Thanks for reading.
 
InsyaAllah akan sambung lagi untuk hari ke-3 pulak. ;)
 
 
.

7 comments:

•emy sharina• said...

Murni, aku super excited jmp kau kat sini! tasa nak lompat lompat! hehe

•emy sharina• said...

Murni! rasa nak lompat bintang jumpa kau kat sini..hehe

Nini Mohd said...

@�emy sharina�
homaigodddd...! Emy...!!!
aku lagi excited tgk komen kau ni tau. ;p
camane kau blh jumpa blog aku nih. hihii~

OmmaHussein said...

bestnya g krabi..ramai yg cite pg krabi best..teringin..tp hubby belum raasa nak pegi lagi..huhu

cha said...

hi nini follow u dr fb ncolian. hehe bestnya krabi. bilala nk smpai ni. i nk pg bali dulu br pg krabi hehe. btw follow u :D

Nini Mohd said...

@nida-razak
ape lagi, pujuk sampai berjaya. hihii~
memang best tau pegi Krabi.
kena usaha pujuk ur husband sampai berjaya tu. ;)

Nini Mohd said...

@cha
thanks dear.
alaa...i pun teringin jugak nak pegi bali.
bila la nak sampai nih.