Saturday, January 19, 2013

Goodbye P

Alhamdulillah, dah lepas tempoh percubaan 2 tahun.

Lesen P tamat pada Disember 2012. Sekejap jer tempoh 2 tahun tu. Kalau dulu, rasa macam..erghh lamanya nak tamat lesen P ni. hihii~

Perjuangan dan usaha untuk mula belajar bawak kereta (mula dari zero. stereng pun tak pernah pegang), sampai dapat lesen L, pastu kena struggle untuk dapat lesen P pulak. Dengan ke-busy-an diri sendiri, belajar hari Sabtu ngan Ahad jer, pegi kelas memandu sorang jer, kena kumpul duit 100% duit sendiri utk bayar yuran, etc. Kalau kenangkan balik, terharu ngan diri sendiri, betapa tabahnya aku time tu. Hanya aku jer yang faham. sobs~ T_T

Itu belum masuk struggle nak beli kereta 100% kena usaha sendiri, dari survey kereta, kat mana nak beli, duit bayar itu ini & macam2 la. How independent & strong i am. -.- (again, hanya aku jer yang faham situasi aku time tu. tak boleh nak explain secara detail kat sini untuk menjaga nama baik orang lain. so, jangan la pulak nak kata aku poyo atau berbangga diri).

Banyak betul kenangan pahit dan manis sepanjang 2 tahun ni. Ada yang kalau ingat balik, memang ngeri. Tobat dah takmo ulang kesilapan lalu. *gitew

Lepas jer dapat lesen P 2 tahun lepas, sebulan lepas tu aku terus beli kereta. Time tu kereta memang adalah satu keperluan. Memang wajib ada. Sebab selalu kena travel sana sini. Susah sangat takde kenderaan sendiri ni.

Sebelum tu Encik Tunang yang tolong drive, kadang2 pegi Batu Pahat, Muar, Pontian, Kota Tinggi, etc. Itu pun pinjam kereta kakak dia. Tapi sampai bila nak menyusahkan orang, kan? So, walaupun terpaksa ikat perut, takpe la. Memang kena ada jugak transport sendiri.

Kalau keje aku ni just duk office jer, tak kisah. Aku pun lagi suka. Pegi keje naik bas, balik keje naik bas jugak. Tak payah pening2 ngan jalan jem, nak bengang ngan kete yang bawak macam samseng, etc. Siap boleh tido lagi dalam bas tu. Tak penat, dan hilang la jugak ngantok sementara nak sampai office/rumah. ;p

 
 Sekarang ni bila drive & terpandang bahagian depan ni, rasa macam kosong jer. 
Rindu la konon? Kahkahh.. ;p


Dan bulan ni, genap la usia 2 tahun si putih aku ni. Dah 61,000 kilometer lebih dia berjalan. I think seminggu lagi genap la 2 tahun aku drive kete ni. Sebab masa mula2 beli, tak berani nak drive. After a week, baru la aku drive pegi keje. Dan 2,3 minggu lepas tu, terus drive balik kampung kat Terengganu. Tapi Encik Suami la yang drive. Langsung dia tak percaya kat aku ni ha. Hek eleh, tau la aku baru dapat lesen P, kan. ;p

Sepanjang 2 tahun, dah kumpul 3 saman speed trap, 2 saman parking. Itu belum kira saman parking Majlis Perbandaran/Bandaraya. Syabas! Haha.. *tapi itu tak bermakna aku yang drive time tu yer. takpe la, redha jer.

Sebelum ni aku bukan main risau lagi pasal sistem mata kejara. Saman speeding tu yang paling aku risau. Kang tak pasal2 lesen P kena tarik balik dan tak boleh drive untuk setahun? Huaaaa.....nanges la haku kalau betol jadi camtu. Sebab kereta tu atas nama aku. Then ada orang explain yang saman speed trap ngan parking camtu takpe, sebab saman atas kereta, bukan aku sendiri yang kena tahan, then bagi IC, bagi lesen kat pak polisi. Haa.....kalau saman camtu, memang confirm ler. -.-

Kereta ni pun dah banyak calar balar dah. Ada yang memang silap sendiri. Ada yang tak sedar pun bila kena calar2 tu. Maybe kena time kereta kat parking? Again, redha jer. Lepas ni kena cari bengkel untuk sembur balik kawasan yang calar2 tu. Yang kemek sikit kesan kena langgar tu tu aku redha jer. Sebab kalau nak ketuk kemek yang sikit tu, mau beratus jugak. Kalau kemek banyak, memang aku tak sanggup nak drive kereta camtu and rela habis beratus. Ke beribu? Erk.
.

No comments: