Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday #8 : life timetable



true? -.-



.

Monday, February 25, 2013

Saturday Night




Annual dinner and dance @ the Grand Paragon Hotel, JB.




.

Sunday, February 24, 2013

bersambal bercili.


Lunch harini. Semua sepesen jer. Bersambal dan bercili. 


Ikan siakap masak bercili, sambal ikan bilis petai dan kangkung goreng belacan. 


Semua ni dimasak atas permintaan. Permintaan sape lagi, kalau bukan permintaan Encik Suami. Err..actually bukan semua ni Encik Suami mintak. 

Sebenarnya plan aku harini nak masak ikan siakap goreng bercili. Pastu pegi pasaraya beli bahan2. Bila aku tanya dia nak makan sayur ape? Dia cakap nak kangkung goreng belacan. Ok, boleh jer. 

Pastu bila dia nampak ada jual petai kat situ, terus dia mintak aku masakkan sambal petai pulak.

Aku macam....errr....are you sure? So semua bersambal la harini ye? Tiga lauk? Ok fine lah hubby. Dah kamu nak makan, kan. Jangan tak habis pulak. -.-' 

So itu la hasilnya. 

Then......bila semua dah masak, Encik Suami nak makan budu plak. Budu sebotol tu memang ada kat rumah. Selama ni duk dalam peti ais jer. Pastu aku keluarkan sebab nak makan kacang botor. Bila dia tengok budu tu, terliur agaknya. Huhuh. Tak sangka jugak. Ingatkan dia tak suka makan budu. 

Ni baru betol boleh geng. Kehkehh~ ;p 


Budu.
Jus tembikai + susu. Blended. *fav Encik Suami. ;)



So ini lah makanan tengahari kami. Layankan jerla. Bukan selalu pun dapat peluang masak untuk Encik Suami. Aku siap bungkuskan untuk Encik Suami lagi, sebab petang tadi dia dah balik ke Selangor. Buat bekal makan malam ni. =) 

Jangan sampai perut meragam dah la yer, sebab banyak sangat makan lauk bersambal bercili ni. -.-' 



Thanks for reading. ;)



.

Thursday, February 21, 2013

Dari Universal Studios Singapore


Ini beberapa item yang bawak dari USS tempoh hari.


Souvenir yang dibeli. 
T-shirt dan fridge magnet.


Ada macam2 souvenir kat USS ni. Pilih lah yang mana korang berkenan. Cuma sediakan duit jer. kehkehh~ ;p 

Kedai souvenir pun banyak. Rasanya hampir semua bahagian kat USS ni ada kedai souvenir sendiri. Contoh macam Hollywood, Far Far Away, Ancient Egypt, etc, semua ada kedai souvenir masing2. Tapi yang kami beli ni, kat kedai souvenir yang dekat ngan entrance. Memang kedai souvenir USS generally la. gitu.




Fridge magnet tersangatlah mahal. Faham2 la bila convert SGD$ ke RM, kan. Tapi sebab NAKKK sangat, beli jerlah. Pejam mata dan bayar. Iols kan suka sangat kumpul fridge magnet. And aku ada beli fridge magnet untuk kakak aku jugak.

T-shirt USS ni ada yang berharga SGD$26, ada yang lagi mahal. Aku dah tak berapa ingat dah harga dia. Fridge magnet? Paling murah SGD$5.90. Ada yang lebih SGD$10. Beli souvenir yang tak seberapa ni pun dah habis beberapa puluh SGD$. Ke dah lebih SGD$100? Ntah. Tak ingat. Bagi yang cheapskate macam aku ni, memang garu kepala jugak la kalau convert ke RM.

Masa tu memang niat nak beli souvenir dan t-shirt USS ni. Sebab sebelum ni, aku just beli 1 jer fridge magnet kat sini. Itupun beli guna kupon yang beli sekali ngan tiket ke USS ni. Kalini datang borong jer yang mana berkenan sampai habis duit SGD$ yang bawak tu. -.-





Dannnnnnnnn..........





Gambar kami masa naik roller coaster Revenge of the Mummy.
Nampak tak kami kat mana?
Nampak tak muka kami camane?
Tak jelas ea? Takpe lah, aku malas nak zoom2 nih.
Malas nak tunjuk muka buruk kami. Agagaa~ ;p


Kitorang tengok gambar ni, tak habis2 gelak. Gelak tengok muka orang lain, dan gelak tengok diri sendiri. Macam2 reaksi. Ada yang pejam mata, ada yang macam tido, ada yang terkejut beruk, ada yang macam enjoy giler. Kami? Kami mesti la enjoy. Hahaa~

Aku dah pernah naik, so dah boleh agak apa yang akan jadi. So enjoy jerla, sambil jerit2 dan gelak2. Tapi muka still tak boleh blah. Ahahahaahh~ ;D

Ok bye.

Thanks for reading. ;)


.

Wednesday, February 20, 2013

Air Asia RM0 Sale

Salam dear readers!

Berita baik bagi yang suka travel, atau yang tengah plan nak bercuti. Air Asia sekarang ni tengah buat sale. *gitew pengumuman aku, kan. ;p 

Sebenarnya dua hari lepas, awal pagi (1 pagi kot?), aku cek tiket ke (dot dot dot) kat website AirAsia nih. Pastu macma pelik la kan sebab harga dia murah sangat. Sebab tak tahu pun ada sale. Sebab (lagi), baru kan haritu AA ni buat 10,000 free seat sale dia. 

Then bila aku cek emel, baru la tahu... -.-'

tapi AA ni memang selalu buat sale pun kan. Cuma dapat ke tak dapat jer la kalau kita booking tu, kan. Kadang2 bila nak proceed ngan payment, tup2 seat dah tak available. Hangin jer kan. huhuhh~




Destinasi yang aku plan nak pegi tu ada sale jugak ni. Salah satu destinasi kat atas. Tapi aku just cek jer dulu. Nak tahu harga jer. Just nak compare harga kalau guna kupon dengan kalau booking time RM0 sale ni.

Sebab plannya nak guna kupon Encik Suami. Aku compare harga kalau guna kupon dengan kalau booking time RM0 sale ni. Harga RM0 sale lagi mahal. Hampir dua kali ganda. 

Sekarang tengah berbelah bagi. Nak guna kupon ke nak booking yang RM0 ni. Tapi nampak gayanya, macam kena guna kupon jer. Sebab maybe kena booking last minute lagi. Tak boleh nak booking sekarang kot. -.- 

Dan, kalau ada rezeki, boleh la pegi. Kalau ada aral yang melintang? Kita merancang, tuhan yang menentukan. ;)


 
Sale ke lain2 destinasi.


Masih ada masa 4 hari untuk korang book tiket. So cepat2 la grab sebelum kehabisan seat. Dari destinasi kat atas tu, aku highly recommend Krabi! Arghhh....RINDU KRABI! ;) 



.

Langkawi Escapade : last minute plan

Salam readers semua!

Last month me and Encik Suami bercuti ke Langkawi. Dari 5 Januari sampai 9 Januari. 5 hari 4 malam. Lama kan? Kemain lama bercuti. Padahal ke Langkawi jer. Hewheww~

Kami ke Langkawi ni sebenarnya memang last minute sangat buat plan. 

Al-kisahnya, kami sebenarnya nak bercuti ke Koh Samui. Nak guna kupon Air Asia Encik Suami. Oh ya, bagi yang tak tahu, Encik Suami kerja kat AirAsia. So ada la benefit dia untuk travel ni.

Niat hati nak habiskan kupon tahun 2012 tu. Tapi ada beberapa masalah. Pertamanya, masa aku nak booking tu, dah lepas pukul 12malam dan dah masuk tarikh 1 Januari 2013. So kupon tu dah expired. Arghhhh~ kami rugi banyak tiket di situ. Kalau lah boleh carry forward. Sobss~ T_T

Pastu bila nak booking lagi beberapa hari lepas tu guna kupon tahun 2013, tak boleh pulak. Sebab waktu sangat singkat. Kena booking 4 hari sebelum pegi. Masa tu 3 hari sebelum pegi kot. Argghhhh lagi.

Tarikh lain? Susah nak match kan tarikh cuti aku dan Encik Suami. Lagipun flight Air Asia ke Suratthani bukannya setiap hari ada. Last2 dah fed up dan ajak Encik Suami pegi Langkawi jer. Takde rezeki kami pegi ke Koh Samui tahun ni. Sobs~ T_T

So, kami tak booking tiket pun. Just walk in dan beli tiket masa nak naik flight tu. Guna ID Encik Suami. Kupon tu kami simpan untuk trave lain kali, travel jauh sikit. Hehee~

Kalau nak beli tiket guna ID ni memang kena beli dalam tempoh 24 jam. Kami berani walk in sebab flight ke Langkawi banyak jer satu hari tu. Ada 9 penerbangan ke Langkawi setiap hari. Takkan la takde satu flight pun yang available kan?

Lagipun aku dah check kat website AirAsia, semua waktu penerbangan masih ada seat kosong. Tiket balik pun sama, kami walk in jer.

Hotel? Aku book sehari sebelum pegi sana. Booking kat booking.com. Tapi sebab dah terlalu last minute, so tak banyak hotel yang available. Pening ok nak book hotel sebab tak banyak choice. Aku prefer hotel kat Pantai Cenang, sebab dekat ngan pantai, kan. Tapi takde yang menarik perhatian. Terpaksa la pilih hotel kat Kuah. Never mind la. Pantai Cenang ngan Pekan Kuah bukan jauh pun. *gitu aku fikir kan. nak sedapkan hati. ;p

Kalau nak walk in jer cari hotel kat Langkawi, boleh jer. Tapi aku malas lah pulak nak walk in camtu. Penat rasanya nak jelajah dari satu hotel ke satu hotel. Dan tak boleh nak bandingkan harga dan tengok keadaan bilik sebelum book. Lagipun kalau book online, lagi murah. Aku dah siap call hotel tu lagi untuk tanya harga bilik. Dan ya, booking.com lagi murah. 




Itu la alkisahnya. Review seterusnya, will update day by day. Stay tuned~ *gitu? Kehkehh~ ;p

Gambar pun tersangat banyak. Tak larat rasanya nak resize dan letak watermak satu persatu. -.-

Till then, thanks for reading. ;)


.

Tuesday, February 19, 2013

Universal Studios Singapore

Selamat pagi!

Sebelum tu, nak bagi warning dulu. Sila bersedia dengan entri yang panjang berjela dengan berpuluh-puluh gambar. ;p

Dan maaf, entry ni agak lama, dan agak basi. *macam tak biasa. kehkehh~ ;p

27 Disember lepas, me and Encik Suami buat last minute plan pegi Universal Studios Singapore (USS). Sebab masa tu kami cuti panjang. So takkan nak duduk rumah jer. Kena la jugak keluar jalan2. Beberapa hari sebelum tu, baru la decide nak pegi USS. Dan dua hari sebelum pegi, baru la beli tiket.

Sebenarnya ni Encik Suami yang meluahkan perasaan nak pegi USS. Sebab tak pernah pegi katanya. Aku dah pernah pegi dua tahun lepas. Pegi ikut office trip. So sementara tak *berisi* dan sementara boleh main permainan lasak2 macam roller coaster etc, why not pegi haritu kan.

Kami beli tiket ngan travel agency. Harga RM198 sekali ngan transport pegi balik. Pick up pukul 7.30pagi kat Tune Hotel. Balik nanti bas akan datang ambik kat USS tu pukul 8.00 malam, dan bas akan gerak pukul 8.00 malam, dengan atau tanpa kitorang. Maksudnya jangan lambat la. Sebab bas tu takkan tunggu.

Serius, memang ada yang kena tinggal haritu time nak balik Malaysia. Tapi tak tau la sama ada diorang memang lambat dan kena tinggal ke atau diorang saje nak balik sendiri.

Ok, berbalik pada cerita masa nak bertolak pegi USS. Katanya bas pick up pukul 7.30pagi, kan. Kemain kitorang sampai kat Tune Hotel tu pukul 7.30pagi. Kemain awal lagi kitorang bangun. Tapi bas datang lambat! Pukul 8pagi baru sampai. Pastu bas tu ambik orang kat Grand Bluewave Hotel. Pastu baru masuk kastam. Dan.....pukul 9.50pagi baru gerak dari kastam Singapura! Serius, rasa bengang dan membazir masa.

Korang bayangkan. Sampai USS sana pukul 10.30pagi dah. USS bukak pukul 10.00pagi. Kalau sampai lambat, korang faham2 la kan. Confirm orang dah ramai dan rugi masa kat situ. Pastu balik pulak pukul 8malam dah kena balik. Sedangkan permainan dalam tu masih ada yang beroperasi. Bayar tiket mahal2, tapi tak sempat naik semua permainan. Korang rasa rugi ke tak rugi?

Masa aku pegi dua tahun lepas, pukul 9.30pagi camtu dah sampai kat USS tau. Siap bergambar sakan kat luar USS tu. Dan sebelum pukul 10.00 pagi kami dah masuk USS. Sebab pintu masuk dia buka awal sikit, lebih kurang pukul 9.50pagi kot. So time tu dapat la main semua permainan, siap boleh lepak2 lagi. 

Sungguh, lepas ni aku dah taknak beli tiket ngan ejen. InsyaAllah kalau ada rezeki pegi sana lagi, kami nak pegi sendiri pulak. Ngan kereta sendiri. Lagi jimat masa. Sebab kalau nak pegi USS ni, masa adalah emas intan berlian.

Ok, enough. Meh layankan gambar yang tersangat banyak ni.


Entrance. 
Baju nak sama aje kan? Tak dapat sama, lebih kurang pun jadi la. ;p 
Sampai2 jer, kami terkejar2 naik ke sini dan snap sekeping dua gambar. 
Wajib ambik gambar kat sini! 
Lepastu terus berlari2 masuk ke USS plak.


Sebelum tu jangan lupa ambik maps dan kertas putih tu. 
Kertas putih tu ape nama dia ntah. Schedule kot?
Ada waktu show2 dan waktu karakter2 keluar untuk jumpa pelawat. 
Penting supaya korang boleh budget masa.


Popcorn.


Ok, tempat pertama yang dituju, mesti la ride Transformers. Sebab ride tu baru dibuka, dan aku pun tak pernah try. Sebelum ni aku datang tak beroperasi lagi mende alah tu. Dan ramai orang cakap ride tu best. So agak excited di situ. ;p

Oh ya, disebabkan dah sampai lambat, kesuntukan masa dan orang yang tersangat ramai, maka aku pun kena la jalankan tugas untuk pilih permainan/ride/show mana yang harus kami pegi. Supaya tak rugi. So aku pilih yang aku rasa best jer. Kalau sempat dan ada masa lagi, boleh la kami pegi ride lain. Gitu la plan aku.


Po! 
Tapi tak sempat nak bergambar. Ramai sangat orang yang beratur. 
Kami pun nak cepat2 ke Transformers.


Yang kat belakang tu pun belum buka lagi. Coming soon.


Encik Suami dan Yellow Cab. ;p



This is New York. ;p 


Akhirnya. Transformers the ride! 


Orang yang beratur toksah cakap la. 
Memang panjang berjela sampai ke luar. 


Staff diorang cakap kalau naik ngan group, beratur lebih kurang 3jam. What? 3 jammmmm???????? Tapi kalau naik single ride, setengah jam. Ok la fine. Kami ikut lane single rider jer. Tapi masih berharap dapat naik sama2. -.- 

Tapi disebabkan ada masalah teknikal, agak lama jugak la kami menunggu. Hampir 2 jam kot. Dah terbuang masa di situ.


Maaf, effect dari flash. Mukaku terlampu putih. ;p


Korang tengok ni. 
Barisan yang sebelah kiri tu adalah Universal Express. 
Universal Express pun dah ramai dan barisannya dah panjang ke belakang. -.-


Attention!


Sebelum tu jangan lupa pakai 3D glasses. ;)


*blurr* 
byebyee~ saya naik dulu. 
akhirnya terpisah jua. kami naik ride asing2. huhuu~


Aku duk belakang sekali. 


Ride Transformers ni tersangat lah best! Walaupun 5 minit jer. Beratur berjam2 untuk 5 minit itu? hewheww~ Serius, kalau bukan sebab kena beratur panjang, for sure kami naik lagi. haha. Tapi masa ni aku duk belakang sekali, kepala orang depan tinggi sangat. So tak berapa nak enjoy. -.-


Encik Suami cakap : "Amadbot"


Bumble Bee.


Lepastu kami lunch dulu sebelum meneruskan journey lain. Ewah. Oh ya, untuk lunch, kami makan nasi lemak jer. Bawak bekal dari Malaysia kauu. Sebenarnya outside food memang tak boleh bawak masuk dalam USS ni. Tapi dari pengalaman dua tahun lepas, makanan kat dalam ni tersangatlah mahal. Dan kena make sure status halal dia.

So, aku decide untuk bawak bekal jer. Simpan dalam beg. Tapi jangan la pulak kau makan kat restoran @ cafe dia. Tu cari pasal namanya. Tapi kalau terkantoi jugak, jangan salahkan aku. ;D


Next, kami menuju ke Ancient Egypt pulak.
Nak naik roller coaster Revenge of Mummy.


Kami. ;)


Sebelum masuk.


Kau ingat kau tu model? ;p


Sebelum tu kena letak beg kat locker dulu. 
Oh, jakun jap nak guna locker ni. Tak reti guna. 
Sebab sebelum ni aku datang sini, takde pun locker2 nih.


Sewa gerobok. Agagagaa~


Setengah jam beratur dalam Revenge of Mummy, ada masalah teknikal pulak. Hampeh. So kami taknak bazirkan masa lagi, kami terus keluar dan pegi tempat lain pulak.

Encik Suami nak naik Battlestar Galactica. Aku plak berfikir 100juta kali nak naik ke tak. Masalahnya dia nak naik yang biru tu, i.e Cyclon. Yang tu kaki tergantung dan dia berpusing 360 darjah! Siap kepala kebawah lagi. Dah la laju. Kalau yang Human tu (merah), maybe la aku berani naik, Maybe ok, MAYBE. Sebab Human tu pun laju. Last2, Encik Suami naik sorang2 jer. Aku tunggu kat bawah, jaga beg. Hahaa~ ;p


Tengah tunggu Encik Suami. 


Encik Suami cakap, macam tertinggal dah jantung kat atas sana. Mula2 menjerit2 jugak. Pastu dah tak mampu nak menjerit. ahahahaa~ Dah la tak boleh pakai spec. Spec kena tinggal kat staff dia. Dengan keadaan yang tak berapa nampak tu, pastu dengan kelajuan 90km/j. Lagi la nak tercabut jantung. Tergelak2 aku dengar cerita Encik Suami. ;D


Nampak karakter ni, terus la kami bergambar. hihii~


Next, kami ke Waterworld pulak. 
Nak tengok show.



Show kat Waterworld. 
Tak pernah boring tengok show ni. ;)


Menujuk ke Far Far Away pulak. Nak tengok Shrek 4D. ;)


Tengah tunggu show bermula. ;) 
Shrek 4D sangat2 best! 
Tapi aku dah tengok, so dah boleh agak la semua tu.
Dah get ready ngan air liur si Donkey dan juga labah2 yang berkeliaran di kaki. ;p 
Encik Suami jer yang first time tengok. hihii~


Gingerbread man. 
Dalam kedai cenderamata Far Far Away.


Encik Suami cakap Shrek 4D best. harus la, kan. ;)


The castle @ Far Far Away. ;) 


Hiyarhhh~ ;p 
*ade2 jer la dia nih.


Next, kami naik Enchanted Airways pulak. 
Roller coaster. Tapi biasa2 jer. Tak takut sangat la.
Dan sekejap jer. Boleh la, nak seronok2. 
*tapi still menjerit jugak. ;p


Rumah Shrek. 
Beware of Ogre! ;p


Next, kami ke Madagascar pulak. 
Nak try naik A Crate Adventure ni, sebab masa aku datang sebelum ni, benda ni belum beroperasi lagi.


Penat beratur. 


Kat luar tadi kami tengok dia tulis waktu menunggu 30 minit jer. Tapi barisan bukan main panjang lagi. Lepas bertaur setengah jam, tak sampai suku barisan pun kami gerak. Akhirnya, kami ambik keputusan pegi tempat lain. Lagipun rasanya baik kami naik roller coaster Revenge of Mummy tadi daripada naik Madagascar ni. Sebab masa dah suntuk, terpaksa la kami pilih yang mana lagi berbaloi dan seronok gitu. 

So, kami menuju ke Ancient Egypt pulak. Kembali ke roller coaster Revenge of the Mummy, sebab tadi kan roller coaster tu ada masalah teknikal. So nak cuba nasib, kot2 dah ok. 


Snow! 
Kebetulan lalu kat New York, salji turun. 
Sempat bergambar kejap. hehee~ ;) 
Walaupun bukan salji yang real, takpe la kan.


Laju jer Encik Suami jalan. 


Nasib baik time ni roller coaster tu dah ok, dah takde masalah teknikal. Seronok naik Revenge of the Mummy nih. Bagi aku, roller coaster ni yang paling best (tak termasuk Battlestar tu eh).



And....kami beli gambar kami masa naik roller coaster tadi! 
muka masing2 buruk giler, tapi kelakar. kihkihh~
muka terkejut + seram + excited + enjoy. 
boleh bayangkan tak camane? ;p
nanti aku tunjuk gambar tu yer.;)


Dalam kedai souvenir lepas keluar Revenge of the Mummy. 
Agak2 korang berani tak nak simpan patung macam ni dalam rumah? 
Errr...me? Tak berani kot. 
Tapi yang pasti, dah tentu la tak boleh simpan patung2 camni dalam rumah. 
Nanti malaikat tak masuk rumah. Betul tak?


Next, kami nak naik Rapids Adventure pulak kat Jurassic Park.


Sempat bergambar dengan Diane, the infant Triceratops. 
New attraction kat Jurassic Park. 
*takde la baru sangat sebenarnya.


Rapids Adventure.


Awal2 lagi aku dah siap pesan kat Encik Suami : siap sedia untuk basah. And kami dah siap bawak baju hujan lagi. Baju hujan yang beli kat Phi Phi Don, Krabi tempoh hari. hihii~ 

Tapi masa kami datang ni, ada masalah teknikal pulak. Alaaaa....kecewa! Tak best la camni. ASYIK MASALAH TEKNIKAL JER! Korang perasan kan, banyak tempat ada masalah teknikal. Transformers, Revenge of the Mummy. Haihh....

Pastu staff yang jaga Rapids Adventure ni cakap, datang lagi lepas ni, sebab Rapids Adventure ni bukak sampai malam. Sampai pukul brape ntah. Lupa dah. Tapi masalahnya bas kami datang ambik pukul 8.00pm. Tu yang tak bestnye. Kalau tak, sempat jer nak naik benda ni. T_T

So, kami pegi tempat lain dengan perasaan kecewa. -.-
 

Owh, ada lukis2 karikatur kat sini. Kat New York. 
Tapi tengok la harga dia. Memang tak la. ;p


Kebetulan masa tu show 1, 2, 3...Action by Steven Spielberg dah nak start. So, kami pun masuk la at situ.


Beratur nak tengok Steven Spielberg bikin movie. 
And it was awesome!! ;)


Keluar dari show Steven Spielberg tu ===>>>


Its snow again! 
Weee~~ 


Nasib kami baik, dua kali dapat main snow. Oh ya, snow ni tak turun sepanjang masa. Ada waktu2 dia. Beberapa kali jer kot. Kebetulan masa ni 2 hari lepas Krismas. Harus la ada snow. Walaupun buih2 jer. Siap ada lagu let it snow lagi. Enjoy jugak la.

Lepas tu kami nak mencari Autobots pulak. Sebab tengok dari schedule kat kertas putih tadi, pukul 7pm akan ada karakter autobots keluar. So, boleh bergambar ngan karakter tu.


Kembali ke Sci-Fi City, mencari autobots. 
Time ni aku dah pakai selipar dah. 
Oh, sebenarnya masa kat Rapids Adventure tadi lagi aku tukar pakai selipar. 
Sakit kaki dah asyik pakai kasut dan asyik berjalan jer. -.-
Walaupun pakai flats, ingat tak sakit kaki ke? Kamu salah. ;p


Autobots roll out! 
Waaahhhhh...excited giler ok. ;p


Kami. 
Autobots ni siap gerak2 lagi. 
Tak tahu la ni kostum ke ape. *sorry, i jakun jap. ;p


Optimus Prime! 
Serius besar + tinggi. 
Tapi yang ni tak bergerak la yer.


Lepas tu kami ke Broadway. Masa tu ada musical show kat kat situ. Show terakhir untuk haritu. Maka lepas bergambar ngan autobots, kami bergegas ke musical show tu pulak. Sebenarnya masa tu show dah start. Nasib baik  oleh masuk lagi. Ngeh ngehh~

Syok tengok musical show tu. Terpesona dengan show dan tarian diorang. Masa aku datang sebelum ni, tak sempat tengok.


Dah malam.


Sebelum balik, kami sempat beli souvenir sebelum balik. Beli pun dengan tergopoh-gapah *kemain ayat aku*. Lepas beli souvenir, terus bergegas ke tempat parking kat tingkat bawah USS ni. Bas memang dah tunggu dah pun. Dan kami lah orang terakhir yang naik bas. Lepastu bas terus gerak. *phew, nasib baik kami tak kena tinggal -.-'

Tapi ada satu family yang takde dalam bas tu. Ntah ler kena tinggal ke ape.

Sungguh tak best terkejar2 camtu kan. Macam yang aku cakap kat atas tadi, InsyAllah kalau next time ada rezeki pegi USS lagi, kami nak pegi sendiri pulak. Masuk ikut 2nd Link lagi dekat ngan rumah kami ni. Walaupun tak tahu jalan ke sana, pandai2 la nanti kan. Buat research dulu ke sebelum pegi. Kan?

Okay, thats all for this entry. Entri yang panjang berjela-jela. Harap tak boring. Sudah baca harap komen. eh? ;p 

Thanks for reading. ;)




.