Wednesday, February 20, 2013

Langkawi Escapade : last minute plan

Salam readers semua!

Last month me and Encik Suami bercuti ke Langkawi. Dari 5 Januari sampai 9 Januari. 5 hari 4 malam. Lama kan? Kemain lama bercuti. Padahal ke Langkawi jer. Hewheww~

Kami ke Langkawi ni sebenarnya memang last minute sangat buat plan. 

Al-kisahnya, kami sebenarnya nak bercuti ke Koh Samui. Nak guna kupon Air Asia Encik Suami. Oh ya, bagi yang tak tahu, Encik Suami kerja kat AirAsia. So ada la benefit dia untuk travel ni.

Niat hati nak habiskan kupon tahun 2012 tu. Tapi ada beberapa masalah. Pertamanya, masa aku nak booking tu, dah lepas pukul 12malam dan dah masuk tarikh 1 Januari 2013. So kupon tu dah expired. Arghhhh~ kami rugi banyak tiket di situ. Kalau lah boleh carry forward. Sobss~ T_T

Pastu bila nak booking lagi beberapa hari lepas tu guna kupon tahun 2013, tak boleh pulak. Sebab waktu sangat singkat. Kena booking 4 hari sebelum pegi. Masa tu 3 hari sebelum pegi kot. Argghhhh lagi.

Tarikh lain? Susah nak match kan tarikh cuti aku dan Encik Suami. Lagipun flight Air Asia ke Suratthani bukannya setiap hari ada. Last2 dah fed up dan ajak Encik Suami pegi Langkawi jer. Takde rezeki kami pegi ke Koh Samui tahun ni. Sobs~ T_T

So, kami tak booking tiket pun. Just walk in dan beli tiket masa nak naik flight tu. Guna ID Encik Suami. Kupon tu kami simpan untuk trave lain kali, travel jauh sikit. Hehee~

Kalau nak beli tiket guna ID ni memang kena beli dalam tempoh 24 jam. Kami berani walk in sebab flight ke Langkawi banyak jer satu hari tu. Ada 9 penerbangan ke Langkawi setiap hari. Takkan la takde satu flight pun yang available kan?

Lagipun aku dah check kat website AirAsia, semua waktu penerbangan masih ada seat kosong. Tiket balik pun sama, kami walk in jer.

Hotel? Aku book sehari sebelum pegi sana. Booking kat booking.com. Tapi sebab dah terlalu last minute, so tak banyak hotel yang available. Pening ok nak book hotel sebab tak banyak choice. Aku prefer hotel kat Pantai Cenang, sebab dekat ngan pantai, kan. Tapi takde yang menarik perhatian. Terpaksa la pilih hotel kat Kuah. Never mind la. Pantai Cenang ngan Pekan Kuah bukan jauh pun. *gitu aku fikir kan. nak sedapkan hati. ;p

Kalau nak walk in jer cari hotel kat Langkawi, boleh jer. Tapi aku malas lah pulak nak walk in camtu. Penat rasanya nak jelajah dari satu hotel ke satu hotel. Dan tak boleh nak bandingkan harga dan tengok keadaan bilik sebelum book. Lagipun kalau book online, lagi murah. Aku dah siap call hotel tu lagi untuk tanya harga bilik. Dan ya, booking.com lagi murah. 




Itu la alkisahnya. Review seterusnya, will update day by day. Stay tuned~ *gitu? Kehkehh~ ;p

Gambar pun tersangat banyak. Tak larat rasanya nak resize dan letak watermak satu persatu. -.-

Till then, thanks for reading. ;)


.

2 comments:

Maria Menado~ said...

wah bestnya ade kupon. syok2.. hehe.

update la nati. Nak tau jugak. kot kot dpt inspirasi. hehe..

*macamtakpernahpegikan*

TAPI nak pegi lagi. =P

Nini Mohd said...

@Maria Menado~
hehee~
langkawi dekat jer kan.
blh pegi banyak2 kali.
ni pun teringi nk pegi lg.
nk beli coklat banyak2.
*memang hantu coklat. hehee~