Wednesday, February 13, 2013

Malang tak berbau

Masa cuti CNY haritu aku spend time kat rumah Encik Suami kat Banting. Dua hari lepas (hari Isnin), Encik Suami keluar jumpa kawan. Keluar ngan motor dia. Lama jugak aku tunggu dia balik. Hati aku rasa tak sedap dah. Kenapa dia ni tak balik2 nih. Lama bebenor.

Pastu dia balik, ada orang hantar. Pelik. Kenapa tak balik ngan motor sendiri? Mana motor dia? 

Pastu terkejut beruk aku bila tengok dia masuk rumah ngan jalan terencot2. Sebagai isteri, siapa yang tak terkejut kan. Terus la aku tanya dan tanya dan tanya. Kenapa? kenapa? kenapa?. *risau. isteri mana tak risau tengok keadaan suami macam tu.

Accident masa dah dekat nak sampai rumah. 

Ya Allah.... memang terkejut sangat2 aku masa tu. 

Tanya lagi. Accident ngan ape? Accident kat mana? Macam mana boleh accident? bla bla bla...



 Memang rosak teruk motor Encik Suami.



 Langgar pokok ni.





Sebenarnya masa tu tayar motor ni tiba2 bocor masa kat selekoh. Pastu tak sempat nak brek, hilang kawalan, dan terlanggar pokok. Encik Suami terpelanting kat atas rumput, dan motor masuk longkang. Nasib baik motor jer yang langgar pokok, dia tak kena pokok tu. Dan nasib baik jatuh atas rumput, tak jatuh atas jalan tar tu. 

Haisshhhh....memang risau sangat2. Pastu sempat lagi aku membebel kat dia. 

Tu la, kereta ada nak jugak pegi ngan motor.

Ni mesti bawak laju ni. Kalau tak, sempat jer brek. 

Dah banyak kali orang pesan, bawak moto elok2, jangan laju2. Bahaya. Setiap kali pun orang pesan. Tapi bawak jugak laju2.

Tu la, ada bini tinggal kat rumah. *ade kaitan ke? 


Well...lumrah la seorang isteri. Membebel bukan bermaksud marah. Cuma risau. :(

So lepastu terus bawak dia pegi klinik. Dapat MC dua hari.



Sejak duk kat Banting ni, dah dua kali Encik Suami accident. Haritu terlanggar bonggol. Sebab bonggol tu takde line kuning, dan takde lampu jalan kat situ (accident waktu malam). Masa tu aku kat JB. Macam nak putus nyawa aku nih bila tahu dia accident. Rasa macam saat dan waktu tu jugak nak terbang ke Banting. Normal la kan perasaan camtu.

Btw, motor tu transport Encik Suami pegi keje. Dah rosak teruk, kan dah kena masuk bengkel. Sekarang pening camane dia nak pegi keje. Sebab belum hantar ke bengkel lagi. Sekarang kami dah balik JB. Lepas Encik Suami balik ke sana balik baru uruskan hantar ke bengkel. Takpe la. Motor boleh dibaiki. Yang penting Encik Suami selamat. 

Dan nasib baik Encik Suami tak cedera teruk. Cuma ada calar sikit, sakit kat lutut ngan bahu dan lebam kat peha. Tapi still rasa sedih tengok Encik Suami accident & sakit camtu. sobs~ T_T 

Semoga beliau cepat sembuh.



.

No comments: