Thursday, March 14, 2013

Masak-masak dan buku resipi

 Hello readers!

Dua hari lepas aku beli buku ni ===>>>>


 
1 Hari 1 Resipi. 
by Chef Hanieliza.


Dah lama dah sebenarnya aku nak beli buku resipi ni. Tapi tak beli2. Sebelum ni aku ada beli buku resipi Chef Hanieliza yang kecik2 tu.

Aku suka buku resipi Chef Hanieliza ni. Sebab mudah untuk difahami, senang untuk di cuba & sukatan resipi dia takde la semua dalam timbangan (Gram). Ada jugak resipi dlm timbangan, tapi tak semua. So sukatan dia senang nak agak2. Resipi yang bagi timbang2 camtu aku tak suka la. Err...faham tak yer maksud aku?

Contoh : setengah cawan kismis.

Instead of 100 gram kismis


Lagi senang yang setengah cawan kismis tu kan. Ni contoh jerla.

So pagi semalam terus excited nak try resipi baru. Tanpa membuang masa. Hihii~

 Udang masak masam manis. hewheww~


Masak untuk Encik Suami jerla. Aku tak boleh makan. Masa tengah masak tu, alahaiiii....terliurnya nak makan jugak. Tapi apakaj daya. Aku tengah "berpantang". No seafood, no chicken, no bla bla bla....Just porridge. Hanya bubur yang mampu ditelan. -.-

Pagi tadi, masak ikan talapia masak bercili. Itu resipi dari blog masakan mana ntah. Dah lupa dah. Tapi tak sempat snap gambar yer. Sebab dah lambat nak pegi klinik. 

By the way, kenapa mesti beli buku resipi? Kena ada buku resipi ke untuk masak? Well...bagi korang aku tak tahu la. Maybe ada yang dah terer masak, semua resipi dah ada dalam kepala. Kacang jer masak2 semua ni bagi orang camtu kan.

Tapi aku ni kannn.................BARU nak belajar masak. Dah kawen baru mula belajar masak dengan bersungguh2. Sebelum kawen masak simple2 jer. Dah kawen ni, takkan hari2 nak bagi suami makan yang simple2 jer kan?

Lagipun dulu2 tak sempat nak belajar masak ngan arwah mak. Yes, masakan arwah mak memang terbaek. Tapi tak sempat ak belajar masak ngan beliau. So aku belajar masak dari internet *google* dan buku resipi jerlah. 
 
Sekarang tengah fikir : nak masak apa pagi esok. Hoihh...nak fikir menu pun penat. -.-



.

2 comments:

Syima Syaz said...

eh i pun tgh carik buku ni la... u beli kat mana? i tak jmp2 lagi

Nini Mohd said...

@Syima Syaz
i beli kat kedai buku Popular.
dah lama dah duk pegang letak pegang letak & belek2 buku ni setiap kali pegi Popular. ni baru beli. huhuu~