Monday, June 17, 2013

Langkawi Day 4 : Jalan2 di Pantai Cenang & Memancing


Assalam.

Happy Monday (blues) dear readers!

Sambungan dari entri sebelum ni : Day 4 : Snorkeling di Pulau Payar

Ampunn....tak dapat nak tunaikan janji untuk habiskan entry Langkawi dalam bulan Jun. Memang berbulan2 nak habiskan entry Langkawi ni. Hahahh~ ;D Tinggal 1 entry lagi lepasni. Pastu dah takde dah. Hehee~

Lepas balik snorkeling, kami duk rehat2 dulu kat hotel. Penat ok snorkeling sampai tengahari, sampai ke petang. So, petangnya kami ke Pantai Cenang lagi. Almost everyday kot kami ke Pantai Cenang. Jalan2 makan angin. ;)


Masa on the way ke Pantai Cenang. 
Seram tak duk flat/kondo camni? Aku seram kot. Hukhukk~ 
Oh ya, kami ke Pantai Cenang lalu ikut jalan shortcut.


 Restoran tomato.


Tempat pertama yang kami tuju : Restoran tomato. Sebab utama, nak ambik handphone yang hilang malam sebelum tu. Entri KAT SINI.

Masa kami mula2 masuk jer restoran tu, pekerja dia yang tukang buat roti canai tu terus panggil kami and bagi fon tu kat aku. Tak sempat kami nak bertanya yang mana satu pekerja diorang yang pegang fon aku tu. Pelik jugak camane dia dapat cam kami. Maybe dia dah tengok gambar2 dalam fon tu. Huhuu~  -.-

Alhamdulillah, dapat balik fon yang hilang tu. Walaupun buruk, tetap tak ternilai. :)

So dah alang2 kami ke restoran tu, kami pun makan jerlah kat restoran tu.


Roti Nan & Tandoori Chicken. 
Ok la, not so bad. 


Roti canai telur.


 Roti canai kosong.


Kemudian, kami ke pantai pulak. Jalan2 makan angin lagi. Hehee~


 Eh lakiku. Pose ape camtu. ;p


Candid.


 Bob Water Sport.


Boleh beli pakej island hopping & sewa bot kat sini.


Kami sebenarnya nak ambik gambar berlatar belakangkan ini. 
Tapi sebab jauh sangat, tak nampak la perkataan ni dalam gambar, kan. 
So kami decide untuk datang lagi esok. 
Semata2 nak ambik gambar kat sini, kan. Hahahahh~ 
Kesian lakiku kena layankan wife dia nih. ;p


Then Encik Suami plak sibuuuukkkkkkkk jer nak mancing. So layankan jerlah. Esok kan dah nak balik. Dia duk membebel takde peluang nak mancing. Ek elehhh~

Kami ke kawasan The Lanai Beach Resort. Aku pernah google pasal tempat yang ok untuk mancing kat Langkawi ni (Encik Suami yang paksa aku google pasal ni -.-). Ada orang cakap, tempat ni pun ok. Banyak ikan.


Suamiku dari kejauhan. 
Nampak tak?
Meh aku zoom.


Erk. Blurr la plak.


Dapat la seekor ikan kerapu. Tapi Encik Suami tak ambik pun. Kebetulan ada sorang pakcik duk mancing jugak kat situ. So dia bagi ikan tu kat pakcik tu jer.

Malamnya, kami ke Dataran Lang pulak. 


 Eh2 lakiku ni. Sampai ke Dataran Lang dia mancing. 
Tapi tak dapat ikan pun. Hukhukk~



Bergambar buat kali terakhir kat Dataran Lang. 
Esok dah nak balik dah.


Next, entry terakhir pasal Langkawi ni. Hari terakhir di Langkawi.

Till then, thanks for reading. ;)



.

No comments: