Wednesday, July 31, 2013

Iftar ke-21 : Berbuka puasa di IT Roo Cafe | Shopping raya

As-salam dear readers. 

Salam Ramadhan ke-22. 

Wahh...hari ke-22 hari dah ea. lagi seminggu jer nak raya. Huhuu~ cepatnya lah rasanya. Maybe aku rasa cepat sangat sebab tahun ni paling banyak tak pose. Jenuh nak mengganti nih. -.- 

Harini masuk hari ke-14 aku berpantang. Tapi tak macam pantang pun. Sebab keje, kan. Kalau duk umah ada la jugak rasa macam berpantang. Camtu plak eh? Kehkehh... InsyaAllah nanti aku share kan pengalama berpantang keguguran ni.

Semalam aku ajak Encik Suami berbuka kat luar. Sebab nak beli baju raya dia sekali. Dia nih memang lahhhh....kalau aku tak ajak, memang tak beli. Nanti asyik duk cakap jer dia takde baju raya lagi. Kalau beli pun, last minute. So dah dekat2 raya nih, memang aku paksa jugak dia datang bandar lepas aku habis keje. 

Kebetulan semalam dia cuti. Sebab lepasni takde peluang dah dia nak beli baju raya. Sebab harini dia start keje, pastu Sabtu ni nak balik Terengganu. Lepas balik dari Terengganu, dia sambung keje balik sampai la raya. So kiranya dah tak cuti la. Jadi dari duk pening2 last minute tak dapat beli baju raya, baik aku ajak dia shopping sekarang.

Lepas aku habis keje, kitorang pusing2 City Square kejap. Cari t-shirt dia. Ada la beli 2 helai. Kat Padini. Sebab Padini tengah sale sekarang ni, tu yang beli 2 sekaligus. Walaupun satu baju tu bukan baju raya. Dan satu lagi takde la sama sangat warnanya ngan baju raya aku. Redha jerlah. Malas nak cakap banyak. -.-

Then berbuka puasa kat IT Roo Cafe. Dah lama sebenarnya tak makan kat situ. 

Kitorang sampai kat situ dalam pukul 6.40 petang. Hampir semua meja dah penuh, dah reserved. Nasib baik la ada lagi satu dua meja kecik yang kosong. Dan ada satu family non-muslim tengah makan. So diorang tunggu non-muslim tu habis makan jer, pastu reserve-kan untuk muslim yang nak berbuka puasa.

Lagi setengah jam nak buka puasa ni, aci la ea aku post gambar makanan? ;p





Sirloin steak. 
Sebab masih lagi berpantang, sirloin steak lah aku order.
Sirloin ni kalau dalam bahasa melayu, daging batang pinang lah.


IT Roo Fried Rice.
Encik Suami yang punya.



Egg & Chips.
Pun Encik Suami yang punya. 
Buat lauk nasik goreng tadi. Pelik kan laki aku nih. -.-


Sirap Bandung Soda. 
 Milo suam untuk orang yang tengah berpantang. 
Terliur jer nak telan sirap bandung soda tu. 
Tapiii....sabar jerlah. Tengah pantang ni memang kena elakkan air sejuk.
Sebenarnya Encik Suami nak order Sirap Bandung jer. 
Aku yang pengaruhi dia untuk order Sirap Bandung Soda. 
Last2 dia cakap, tak suka ada soda. Aduhaii... -.- 
Tapi dalam pada tak suka tu, habis jugak satu gelas tu. 





Ada free buah kurma & kacang. 
Syok jer aku duk kunyah kacang tu. 
Lepastu baru tersedar. Eh, orang berpantang mana boleh makan kacang! Adehh....


Lepastu kami ke Jakel, Tampoi plak. Nak cari baju raya Encik Suami. Baju melayu. 




Ramai jugak umat manusia kat Jakel nih. Tapi sebab kitorang nak beli baju melayu jer, so memang aim kat kawasan baju melayu jerlah. Pilih2 baju, try, beli, pastu terus balik. Takdenya nak pusing2 satu jakel tu. 

Kalau aku sorang, maybe sempat jugak aku jelajah satu jakel tu. Faham2 jerlah jalan ngan orang lelaki nih. Diorang nak cepat balik jer. Mana minat nak pusing2. Melainkan memang nak beli. Kita orang pompuan mostly suka window shopping, kan. Eh, dah jauh aku merepek ni.

By the way, kat Jakel nih diorang siap turunkan harga lagi. Kata la kat tag harga tu dah letak harga RM199, RM259. Ni harga yang konon2nya dah diturunkan la. Dah sale. Tapi diorang turunkan lagi jadi RM130, RM150. Siap duk laung2 lagi tu. Macam lelong plak. Hooiiii.....geram betul aku mendengarnya. Nasib baik aku dah ada beberapa helai baju raya. Kalau tak? Hahaa..... ;D




Agak2 raya nanti hensem macam Aaron Aziz tak? Hahahahh~ ;D 
Tak hensem macam Aaron Aziz pun takpe lah. Suamiku tetap suamiku. Ecewaahhh... ;p



Thanks for reading. :)




.

3 comments:

penyisir rambut said...

memang pelik pon..sbb makanan yg en.suami awak oreder tu boleh buat kat rumah je..hehehe..

sarahhernyzar said...

Selama 23 hari berpuasa.. Sekali je berbuka diluar.. Hehehe.. Mkn roti canai jep.. Hahaha.. Lawakkan..

Nanie said...

hai hai abg aaron versi suami nini. hahahah