Monday, November 29, 2010

Weekend With Him ♥

He's back to JB! lol.

Baru pegi satu hari, dah balik sini. Dah la balik tak bagitau aku dulu. Tiba2 jer dah tercongok depan umah. Buat suspen aku jer kan Encik Kuneng nih.

Aku baru jer tengah feeling2, tengah sedih2 sebab terpaksa berjauhan ngan dia, tiba2 jer dia balik. Ishh...time tu memang cam tak caye jer dia ade depan mata aku. :')

Saturday morning tu, bangun pagi2 dah nanges. Coz teringat time pagi2 weekend camtu, kitorang selalu pegi breakfast sama2. Lepastu ade la plan kitorang. Macam2 plan. Pegi mancing, tengok wayang, jalan2, lepak2. Kadang2 pegi jogging. Betapa aku merindukan saat itu. Tu yang jadik sedih giler2 sampai nanges sorang2. haihh~~

Nasib baik la dia balik sebelum aku meroyan lebih2 kan. Tapi dia balik 2hari jer. Itu pun sebab nak ambik barang. So, weekend ni spend time dengan dia jerla.


27.11.2010 (Saturday)

Pegi breakfast ngan dia kat Restoran Bumbu Asli, Danga Bay. Well..breakfast cum lunch kot. Sebab dah nak dekat tengahari dah. Huhu~

Dah lama teringin nak try makanan kat Restoran tu, coz ade orang cakap makanan kat situ best. Tapi aku kalo nak pegi, mesti nak pegi ngan Encik Kuneng jer. Coz aku memang suke jalan2 cari makan ngan dia. Sebab tu la masing2 dah bertambah2 BULAT. hee~ ;D

Kebetulan harini dia nak makan nasi putih, so aku ajak dia makan kat situ. Jauh tol carik makanan. Dah la masing2 tengah kebulur.

Ni Cikgu Tajudin yang bagitau aku pasal restoran ni. Aku kan belajar kete kat area Danga Bay jer. So haritu masa lalu depan restoran tu, sempat lagi Cikgu Tajudin bagitau aku pasal tempat ni.

Well..makanan kat situ best jgak la. Harga pun "best". xP

Then pegi jalan2 cari seluar untuk dia. Seluar keje. Pastu pegi umah akak dia. Dah malam, pegi pasar malam plak.

Sebelum tu dia sempat ajar aku bawak kete. Takot gak aku bawak kete time tu, coz cikgu takde kat sebelah. Biasanye belajar kete ngan cikgu. Pastu dia sempat pesan : "Sayang bawak kete nanti elok2 tau. Mase test buat leklok. Nanti dah ade kete bawak leklok".

Hee~~ takot la tu tengok cara aku bawak kete. Biase laa..nama pun budak baru belajar. Thanks untuk ingatan itu yer sayang. :)





Peace lah. ;p
*cian hubby aku nih. dah hangus dah. xP



On da way pegi Restoran Bumbu Asli.


Saje nak tunjuk beg baru. ;p


28.11.2010 (Sunday)

Hari Ahad, dia ajak aku balik kampung. Ade hal sket. Aku ikut jerla, coz memang nak spend time ngan dia kan. Sebelum ni konon2 segan nak ikut dia balik kampung, segan nak jumpa family dia kat sana. Sekarang dah ok sket kot. Hehe~ ngade2 kan. ;p

Ok, dah. Hometown dia tak jauh pun kat Kota Tinggi jer. Dalam sejam lebih camtu la kalo drive.

Sebelum pegi kampung dia, singgah jap kat umah akak aku kat Majidee, coz akak aku nak pindah umah. Tapi tolong kejap jerla, coz kitorang nak pegi Kota Tinggi plak kan. Itu pun Encik Kuneng yang tolong. Aku tolong tengok jer. ;p

Tapi takpe, coz ramai yang datang tolong akak aku. Abang ngan akak aku yang sorang lagi pun datang jgak, bawak family datang tolong dia pindah umah.

Then balik kampung dia. Singgah kat umah dia kejap jer, dia ade nak ambik something kat sana. Pastu masa nak balik, dia bawak aku jalan2 kat shopping complex kat bandar kota tu. Ape sangat la yang ade kat situ kan, tapi sebab dengan dia, aku ikut jer. :)

Dah jalan2, nak cari tempat makan kat mall tu. Tapi Encik Kuneng pun pening, maybe dah tak brape ingat kat tingkat mane tempat makan tu. Au plak bengang ngan lif kat situ. Lembab nak mampos. Penat aku tunggu. Macam la ade bertingkat2. Padahal ade 5 tingkat jer (kot). Nak naik tingkat 22 kat City Square pun tak macam ni.

Last2, tak jadi makan kat dalam mall tu. Cari kedai makan kat luar jer. Encik Kuneng singgah kat kedai mamak. Aku on jerla. Dan aku pilih Nasi Beriani. Memang feveret aku. Dia pun makan Nasi Beriani jgak. hee~ :)

Pastu dah balik, singgah kat umah akak aku lagi. Tapi dia dah angkut semua barang kat umah baru kat Taman Delima II. So, kitorang terus pegi sane jer.

Sekali lagi, Encik Kuneng jer yang tolong sikit2 (sebab semua brg2 dah siap diangkut). Aku plak tolong tengok jer. Hee~~ jangan silap paham ea. Bukan malas, tapi dah takde ape nak tolong. Semua barang dah di-angkut. Lagipun minggu lepas aku dah tolong dia cuci umah. Mane ade orang lain datang tolong. Aku sorang jer yang rajin. *ceh

Pastu balik Skudai, singgah kat Tesco beli barang. Then ikut dia pegi umah akak dia. Dia ade cakap jgak : "Satu hari orang drive".

A'a la, baru aku sedar. Kesian dia. Satu hari ni drive jer. Aku memang nak tolong, tapi mana boleh drive lagi. Bahaya. Baru ade lesen L, pastu bawak kete pun macam orang mabuk kan. ;p

Malam baru dia boleh rehat. Dah la awal pagi nak drive pegi KL plak. Ok dah, tak payah kacau dia.


On da way to Kota Tinggi.
*p/s : walaupun blur, aku tersangat suke pic ni. :)



Aku yang paksa dia snap pic. Hahaa~ ;p


:)

On da way balik ke JB


I'm sooooo happy to spend time with you :)


*p/s : btw, aku tengok dia dah banyak berubah. membuatkan aku bertambah sayang. *cewah~~ ;p maybe dia pun nak hargai masa kitorang bersama coz lepasni dah susah nak jumpa. :)


.

Friday, November 26, 2010

Ngangkung

Semalam pegi tengok movie. Ngan bf tersayang, Encik Kuneng.

Hehee~~ entri sebelum ni konon2 frust coz maybe jumpa untuk kali terakhir. Tapi tiba2 plak dia ngan sis dia ubah plan, nak gerak lambat sket. So, sempat lagi la jumpa. Dan sempat lagi la tengok cite ni same2. Dia memang dah janji nak tengok cite ni same2 ngan aku, okay. ;)

Dia memang suke tengok cite Melayu, cite lawak. Aku plak kalo tengok movie, aku prefer tengok cite Hollywood, genre action. Tapi basically ape yang dia suke, aku pun suke. Dan ape yang aku suke, dia pun suke. Eh, dah. Jauh plak menyimpang.

Semalam lepas aku abes keje, kitorang pegi la tengok movie, cite Ngangkung. Mak aih cite dier...lawak giler. Seriously, semua orang dalam hall tu ketawa macam nak pecah panggung! Tengok poster dier macam seram jer kan. Tapi dah boleh agak, cite ni lawak.

Memang best lah cite nih, memang recommended lah. Tak rugi tengok. Tapi kalo nak tengok, kena jaga2 lah. Coz banyak buat korang terkejut beruk. Lemah jantung eden. Asyik terkejut jer. Hahaa~~

Tapi macam tak puas plak ngan lawak dia. Macam sekejap jer, macam takde klimaks. Ntah lah. Aku pun tak tau camane nak explain. Tapi kalo korang tengok, mesti korang faham la maksud aku ni.

Tapi ok la, coz ada nilai2 kekeluargaan, ade nilai2 agama sket. Kiranye cam balance jgak la cite ni kan.



Lawak pecah panggung!!



Kitorang tengok movie ni yang pukul 8.40pm, sampai pukul 10.10pm camtu la. Mase nak beli tiket tu aku tengok ade cite Rapunzel pukul 10.30pm. Aku rasa macam nak beli jer tiket cite Rapunzel tu. Lepas tengok Ngangkung, tengok Rapunzel plak kan. Cewaahh~~ sambung tengok movie plak. Tapi tak boleh laaa.... coz Encik Kuneng nih dah nak gerak malam (awal pagi) tu. Mane la sempat kan. Kitorang nak pegi makan lagi. Hmmm~~~

Then lepas tengok movie, pegi makan2 plak. Kat kedai mamak. Encik Kuneng ni macam tau2 plak aku tengah mengidam nak makan Roti Nan dengan Tandoori Chicken. So, terus la dia order-kan untuk aku. Dah lama la tak makan Roti Nan. Dapat plak Roti Nan dengan Tandoori Chicken yang best. Memang menjilat jari lah. Huhuu~~ ;p

Btw, ni la last kitorang kluar same2 sebelum dia pegi. Pegi mana? Takde mood la nak cakap. Lepas ni tak tau la bile boleh jumpa, kan. '~'

.

Tuesday, November 23, 2010

maybe it's the last outing

21.11.2010

Jalan2 kat Danga Bay. Actually aku just plan nak klua makan jer.ngan si dia Tapi lepas makan, rasa cam awal lagi nak balik. So, ajak la dia pegi jalan2. Aku dah blur tak tau nak pegi mane, yerlah mane ade tempat jalan2 lepak2 yang best kat JB nih (ade la, tapi tak banyak & hampir semua tempat tu dah kitorang pegi). Last2 dia ajak pegi Danga Bay jer.

Kitorang lepak kat area yang dekat ngan Convention Centre, kat area funfair. Biasenye kalo datang Danga Bay, kitorang lepak kat area Danga Street Mall jer. Kat sini lak dah lama tak pegi.

Dah lama giler tak pegi jalan2 kat Danga Bay time malam camni. Meriah sungguh. Best tengok orang main benda2 alah ni. Tapi aku tak main pun. Aku just terfikir nak bawak anak sedara aku datang sini jer. Best lah tengok budak2 hepi. InsyaAllah kalo ade kesempatan, aku bawak diorang. Hehee~~


candid


poyo lah awak nih. ;p


owh. aku makin bulat makin berisi.
p/s* actually aku tak suke buat rambot camni.
coz aku ni jendol.
tersangatlah buruk bila buat rambot camni. xP


gajah terbang.



Best pegi kat area budak2 jer. tengok budak2 main. hehee~~ ;p


baling dat, pecahkan belon yer.


ape ntah nama benda bulat tuh.
kena kayuh ngan kaki beb.
ni kalo aku yang naik, confirm semput nak kayuh benda ni.
dah la melalui tempat orang lepak kat bawah ni. malu la kan.
taktau la kalo korang tak segan. kalo aku, aku segan ok.



22.11.2010

Esoknye klua lagi. Siang hari gadoh pot pet pot pet pot pet. Pastu masing2 diam. Dah malam mesej lagi. Gile kan. Mane ade kapel yang gile macam kitorang ni. Asyik gadoh je. pastu baik balik. Pastu gadoh, baik balik. Pastu bla bla bla... Macam budak2 tak cukup umo. Padahal masing2 dah tua.

Ok dah. Malam baru klua. Pegi lepak kedai mamak dulu, isi perut. Aku kebulur tahap cipan, dari pagi tak makan. Takde selera la konon kan. Merajuk ngan orang tu konon. Last2 kebulur.

Pastu pegi jalan2. Aku nak tengok wayang, nak tengok cite Harry Potter. Tapi si dia ni macam taknak jer. Ok la, takpe. Pastu plan nak jalan2 jer. Bila dah sampai bandar, dia terus on nak tengok wayang plak. Dia takot aku merungut di kemudian hari la tu. ;p

So, aku cakap la..agak2 cite Harry Potter ade tak midnight ek?

Naik tingkat 5 City Square, tengok2 je kat skrin kat kaunter tu, Harry Potter ade pukul 10.20pm jer. Jam time tu dah 10.19pm. Ok, cantek. Kitorang terus on jer. Naseb baek time tu tak ramai orang kat kaunter, ade satu group jer yang terhegeh2 nak beli tiket kat depan kitorang nih. Menyampah tol.

Aku agak, tiket dah nak abes & takde seat yang best (best ape? view ok la, takpayah pikir yg bukan2 plak ea). Tapi ade gak 1 couple seat yang aku rasa boleh tengok wayang dengan best. Tak tepi sangat, tak tengah sangat. Cantek lah.

Well...best gak cite Harry Potter nih. Walaupun aku ni bukanlah peminat fanatik Harry Potter, just tengok suke2 jer. Dah tengok Part I ni, confirm la kena tengok Part II plak. Kalo tak, mesti rasa cam takde ending. Memang la blom ending lagi kan.






Besstttt!!!!



Rapunzel.
kat belakang tu la. takkan aku plak. ;p


Ngangkung la plak Encik Kuneng ni.
Cite ni keluar 25hb 11 kan.
Dulu kita dah plan nak tengok sama2 kan.
Tapi nampaknya tak kesampaian lah hajat kita tu.
Sampai hati awak... :(


well..maybe this is our last picture together.
*p/s : yer, aku tau aku tersangat jendol!


dalam lif. sempat lagi. coz takde orang. ;p



Dah abes tengok wayang, balik Skudai. Singgah dulu kat kedai mamak (lagi), makan malam sebelum tidur (malam ape dah pukul 1.25am dah) , saje nak menggemukkan badan yang dah memang gemuk nih.

Pukul 2.10am, baru sampai umah. Tapi aku tak rasa macam ngantok sangat. Coz siang tu aku dah tido berjam2. Hehee~~

Btw, aku rasa hepi sangat dapat spend time ngan dia. Yer, tersangat hepi. Aku yang ajak2 dia klua & nak jumpa dia 2, 3 hari ni. Aku memang nak spend time ngan dia, nak jumpa dia, dan nak tatap muka dia puas2. Sebab aku tau, beberapa hari lagi kitorang akan terpisah. Mungkin untuk selama2nya. Aku dah bagi dia pilihan. Dan dia pilih untuk pegi (ni bukan macam video 'antara aku atau KLCC' ok. dah, takpayah buat lawak plak. serius nih).

Okay lah kalo itu keputusan dia, aku tak boleh halang dia. Sape la aku ni nak halang2 dia. Dia dah besar. Lagipun dia tersangat lah degil, langsung taknak dengar ape yang aku cakap. Aku dah tak larat nak pikir, dah puas menangis pasal ni.

Tinggal 2 hari lagi, dia akan pegi. Aku dah cakap, kalo dia pegi, dia takkan dapat jumpe aku lagi dan takkan dapat contact aku lagi. Tapi dia degil. Tetap taknak dengar cakap aku. Ok takpe. Aku redha jer. Dia ada keputusan dia, dan aku pun ade keputusan aku. Aku dah penat fikirkan perasaan orang lain, sedangkan orang tu langsung tak fikirkan perasaan aku dan tak hargai ape yang aku buat untuk dia.

Sedih sangat. Aku sangup buat ape je untuk dia, sanggup korbankan ape je untuk dia, dan dia la yang paling utama dalam hidup aku. Kalo nak buat ape2, mesti aku fikirkan dia dulu. Aku mesti utamakan dia dalam ape2 hal pun. Tapi dia langsung taknak dengar cakap aku.

Tadi aku dah bagi pesanan dan amanat kat dia. Harap2 dia ingat la semua pesanan aku tu, dan hidup baik2 jer kat sana. Walaupun lepasni dia takkan dapat jumpa aku lagi. Dan takkan ade orang lagi yang boleh membebel kat dia, & nasihatkan dia.

Well...itu la sebab tajuk entri ni "maybe it's the last outing".

Maybe lepas ni kita takkan jumpa each other lagi.

Saya buang perasaan sedih dan sakit hati saya semata2 untuk keluar dengan awak untuk kali terakhir. Saya nak happy harini, sebelum saya kecewa dengan teruk lepasni. Walaupun sekarang dah memang kecewa teruk dan tersangat sedih dan saket hati. Saya nak spend time ngan awak, nak tatap muka awak puas2. Sebab lepasni dah takde peluang untuk kita bersama lagi. Nak buat camane, dah itu pilihan awak.

Terima kasih sebab buat saya happy. :')


Ok, dah. Lainkali la cite pasal ni. Sekarang takde mood laaa... Dan penat nak tulis panjang2.



.

Monday, November 22, 2010

Kelas Memandu #4th and #5th

Perjuangan diteruskan lagi. Ceh. Banyak la kau punye perjuangan. xP


20.11.2010, Sabtu

Walaupun hari Sabtu, pagi2 buta jalan dah jem. Eh apehal daa pagi hujung minggu camni pun jem? Asyik mati jer enjin kete. Aiyarkk...tak pandai jaga clutch la. Benci tol laaa... Tapi takpe. At least aku dah menempuhi jalan jem masa blaja ngan cikgu. Kalo tak tau camane nak handle time jalan jem, tiba2 plak test JPJ nanti jalan jem teruk camane? Haishh...

Btw, harini cam best sket blaja kete. Coz pagi2 buta (around 7.50am) dah start blaja kat litar. Litar lengang, takde orang. Best la pusing2. Pastu baru pegi jalanraya.

Well, aku rasa aku lebih cepat belajar kalo cikgu takde kat sebelah. Yerlah, kalo cikgu ade, mesti nak cikgu ajar jer. Mesti nak cikgu ulang satu2, ajar satu2. Kalo cikgu takde, kena ingat sendiri. Bila dah kena ingat sendiri, baru cepat faham dan cepat boleh buat. Tapi ini kat litar jerlah. Kalo kat jalanraya? Harraammm ah aku nak bawak sorang2. Takot lah. Lagipun aku baru ade lesen L. Mane boleh bawak kete kat jalanraya kalo takde cikgu kat sebelah daa...


21.11.2010, Ahad

Harini start lambat sket. Pukul 9.00am. Coz bagi chance kat orang lain dulu. Haishh...taksuke la start blaja lambat. Nanti abes lambat. Matahari dah naik. Yerlah, kat litar tu panas kau. Walaupun jam baru pukul 10 pagi, dah panas giler. Berpeluh dalam kete nih. Busuk giler dah badan aku nih.

Ok, busuk tak kisah lah. Mandi boleh hilang bau tu. Tapi hitam yang aku taksuke. Yerlah, dah la aku nih hitam. Bertambah2 hitam lagi. Pulak tu bukan boleh hilang terus, tunggu la berhari2 dan berminggu2 baru hilang. Huh.

Bab panas satu. Satu lagi aku taksuke start lambat, sebab time tu dah ramai student2 kat litar. Bila dah ramai camtu, mesti la stuck, tak lancar dan kena la tunggu giliran jer. Nak naik bukit kena tunggu giliran, nak parking kena tunggu giliran. Stuck2 jer.

Last2 cikgu tu suruh bawak pegi jalanraya. Harini banyak round kat jalanraya. Takpe la, coz semalam dah banyak round kat litar. Kiranya minggu ni balance la kan. Hee.. ;p


tunggu giliran nak naik bukit.


tunggu giliran nak parking.


Terpaksa menunggu jer kan. Taksuke tol. Rugi masa la kan. Masa banyak abes ngan menunggu jer. Kalo takde orang kat litar, masa yang aku guna untuk tunggu giliran tu dah brape kali boleh naik bukit ngan parking, kan.



p/s* sempat lagi snap2 kan. naseb baek cikgu takde kat sebelah. ;p



.

Finally...A Passport

Actually dah lama aku nak buat passport. Tapi takde masa nak pegi Jabatan Imigresen. Walaupun Sabtu ngan Ahad pun tempat tu bukak, tetap takde masa nak pegi. Busy la katakan *ceh. Lagipun aku rasa macam takde keperluan la plak nak buat passport nih. Bukannye aku ade nak pegi mane2 pun.

Akhirnya, hari Jumaat lepas, ade gak masa nak pegi buat. Coz time tu aku tengah cuti. Lagipun boss yang suruh buat. Sebab minggu depan nak masuk Singapore. Kalo tak, tunggu la bertahun2 lagi, belum tentu aku buat.


Pekan Rabu.


Jabatan Imigresen kat Pekan Rabu.


Aku memang plan nak pegi buat passport tu awal2 pagi. Sebab aku tau, kalo pegi lambat jer, mesti lambat siap. Yerlah, ramai orang. Tapi ade plak halangan. Banyak betul urusan. Last2 pukul 9pagi baru sampai kat situ.

Time tu toksah cakap lah, memang ramai giler orang. Kena beratur ambik borang dulu, isi borang, pastu baru boleh ambik nombor.

Nak tau aku dapat nombor brape?



tadaaaa......


Haa...ambik kau.

Nombor anda : 0409
Nombor sekarang : 0097


Owh, sungguh sadis. Tu la, aku dah agak dah.

So, terpaksa la menunggu...menunggu...dan terus menungguuuu....

Pukul 3.50pm, baru nombor aku dipanggil. Around 4pm, baru setel, dan sejam lagi baru siap passport tu. Waaa~~~ pukul 5 baru setel semua dan baru dapat ambik passport. Dua tiga kali jgak la aku terlelap kat kerusi tu.

Sementara tunggu giliran aku, boleh pegi breakfast lagi. Pastu dah petang, siap pegi makan kat McD. Adoyaiii....giler bapak punye lama. Ni yang aku malas nak berurusan kat kaunter yang ramai pelanggan camni. Sabor jerlah kan. Kalo tak, sampai bila2 pun aku takkan buat passport.



Borang. Censored. bahahaa~ ;D



Akhirnya..dah siap dah passport aku. Tapi macam endon!
p/s* sorry lah, camera memang kualiti tak bagos. xP



Passport aku yang dibaluti dalam cover Hello Kitty. hehee~
Ni beli kat pasar malam jer.
Pegi pasar malam hari Sabtu, tiba2 nampak ni, terus la aku beli.

Kebetulan baru buat passport, kan. ;p



Ni passport sape?
Ntah. Passport orang tu yang suke ngan SpongeBob a.k.a Bob Esponja.
BOB ESPONJA? bahahaa~~ SpongeBob versi Sepanyol daaa~~ ;DD



His and mine. :)



Okay, saya dah ade passport. Jangan lupa janji awak nak bawak saya jalan2 kat Singapore ye. ;p



.

Saturday, November 20, 2010

Cuti Raya Haji

Cuti raya haji. Aku stay kat umah akak 2 hari. Yerlah, cuti panjang, buat ape nak duk umah sorang2 plak. Gile bosan.

Btw, aku apply cuti 18hb (Khamis) ngan 19hb (Jumaat). 22hb (Isnin) lak cuti am kat Johor, Sultan Johor punye birthday. So, maksudnya aku cuti dari hari Rabu, smpai Isnin. Hampir seminggu! Selasa baru keje. Weee~~~ best.

Ok, takpayah pening2 kira hari ape aku cuti. Sekarang nak cite pasal cuti raya haji jer.

Aku pegi umah akak aku kat Majidee. And aku ade belikan mainan untuk anak dia yang mulut becok tuh, Mohd Hazaril. Actually mainan tu bukan mahal pun. Tapi bila aku terpandang kat mainan tu, aku teringat kat si budak tuh. Dia suke giler ngan Ben10. So, aku beli jerlah. Aku suke tengok dia suke. Heh? Takkan tak paham korang nih.



Bangun pagi..gosok gigi...
eh, bukan.
bangun pagi...dapat kete...kete Ben10..Ciksu beli. Hehee~~ ;p



pistol Ben10 plak.
Hazaril : Pistol adik ade bunyi lagu


Time ni dia baru pas nanges nih. Kena kacau ngan abang dia. Kedekut tol, taknak abang2 main pistol dia. Huhuu~~


18.11.2010.

Hari Khamis, akak aku cakap nak pegi cuci umah yang dia beli. Kat Taman Delima II. Minggu depan dah nak pindah masuk umah tu, katanya. Disebabkan rumah tu kotor, berhabuk, dan baru lepas di-repair, so kena la basuh, cuci dan bersihkan.

So, aku decide nak pegi jugak lah. Nak tolong dia. Aku kan rajin. Ceh.

Sebelum pegi Taman Delima II, aku suruh akak aku singgah kat kedai foto kat Giant Taman Suria. Nak ambik gambar passport, coz esok nak pegi buat passport. Minggu depan nak masuk Singapore (InsyaAllah kalo jadi).

Time ambik gambar cik adik tu cakap, rambut kena kebelakang, biar nampak telinga. Aku macam...ha? buruk giler la.

Dah terpaksa, buat jerlah. Nak cepat laktu. Akak aku dah tunggu kat luar kedai.

Ok, jom cuci2 & bersihkan rumah.



Disebabkan umah ni dah lama tak diduduki, memang kotor dan berhabuk giler. Lantai, dinding, tangga, semua la. Sampai pintu pun kena cuci, gosok ngan berus.



Ishh...budak2 nih cuci bukannye bersih. Cuci main2 jer. Last2, aku yang cuci dinding dapur nih.



Kat toilet ni giliran akak aku plak. Lengan aku dah nak tercabut basuh dinding dapur ngan bilik tingkat atas tadi.



Si Hazaril ni pun sebok nak tolong jgak. Takpelah, walaupun ape yang dia buat tu tak membantu, biarkan jerlah.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tengok lah si mulut becok nih. Dah la bogel. Kecoh btol nak tolong orang cuci umah. Huhuu~~






Semua terpaksa CENSOR. bahahaa~~~ ;DDD

Ok, setelah siap cuci..hasilnya....







Berkilat kau. Lupa plak nak ambik gambar sebelum cuci. Kalo tak, boleh buat perbandingan, kan. Sebelum siap cuci, kotor giler. Bersepah laktu. Btw, kat luar rumah masih banyak bahan2 yang tidak diperlukan dan masih belum dibuang.



Dah siap cuci, letak sinki ngan kabinet dapur plak. Sebenarnye diorang ni plan nak pasang kabinet dapur. Tapi sebelum tu nak renovate dan extend dulu dapur tu. Tapi, lambat lagi la, nanti dah cukup budget, katanya. So, beli la sinki ngan kabinet camni dulu.

Actually, rumah ni aku yang tolong carikan untuk akak aku. Sebab dulu dia memang nak sangat beli rumah. Rumah lelong. Coz rumah lelong memang murah. Tapi kena pandai cari, dan kena ada simpanan yang cukup. Sebab rumah lelong nih banyak yang ade problem. Ade yang ade kaveat, tuan rumah taknak pindah, banyak yang rosak, bla bla bla...

Kena ada duit simpanan yang cukup. Sebab masa nak bid kat lelong tu, kena bayar 10% dari harga rezab rumah tu. Then bila dah berjaya bid, kena bayar baki 90% harga jualan rumah tu dalam masa 120 hari. So, kena la apply loan dalam tempoh 120 hari tu. Kalo tak, 1o% deposit tadi bank rampas.

Kalo loan lulus, alhamdulillah. Ade jgak yang tak dapat loan penuh. So, kena topup ngan duit sendiri lagi. So, memang kena ada duit simpanan yang cukup la kan. Tu blom masuk duit lawyer untuk loan ngan transfer lagi. Huh.

Itu kalo dapat bid rumah. Ade yang tak dapat bid. Coz orang lain bid lagi tinggi. Kalo tak cukup budget, terpaksa la biarkan rumah tu terlepas ke tangan orang lain.

Berbalik kepada cite akak aku ni. Disebabkan aku keje kat firma guaman, memang banyak ler kes rumah lelong kat office tu. So, aku lah yang tolong akak aku cari. Bukan main susah lagi nak cari. Dengan karenah laki dia lagi yang banyak songeh. Itu tak berkenan, ini jauh dari tempat keje, taknak apartment, nak rumah yang ade tanah, macam2 lagi la. Sampai aku pun dah macam putus asa nak tolong diorang.

Akhirnya jumpa satu rumah kat Taman Delima II. Tapi yang ni aku cari kat internet. Masa tu ade beberapa hari lagi rumah tu nak dilelong. So, akak aku terus la pegi tengok umah tu. Malam2 buta plak tu pegi tengok umah. Dah la rumah tu takde orang, gelap, banyak tingkap pecah. Berani plak diorang masuk. Huhuu~~

Sekali tengok, terus diorang berkenan. Yang penting, abang ipar aku dah berkenan. Walaupun rumah tu banyak rosak, wiring semua hilang, tapi diorang nak jgak rumah tu. Yerlah, mana nak dapat rumah semi-D harga 138K kat JB nih. Kalo kos repair around 10K, masih berbaloi harga rumah tu kan. Lagipun rumah tu masih baru lagi. Macam orang duduk sekejap jer. Cat masih baru, & takde langsung paku kat dinding.

Sekarang, rumah ni dah boleh duduk. Cuma tinggal nak cat dinding jer. Lega sungguh bila dapat tolong akak aku nih. Yerlah, adik beradik. Aku cuma nak tolong family jer. Hepi bila family aku senang. Sampai bila diorang nak duk umah sewa. Bayar tiap2 bulan pun nanti bukannya rumah tu jadi milik kita. Baik beli rumah sendiri.

Ok dah, Panjang plak aku membebel pasal ni. Berbalik pada cite cuci rumah tadi.

Dah dekat maghrib, baru blah dari umah tu.




budak mulut becok.
buat muka skeptic bila aku tak layan dia, & bila aku record dia tengah membebel.
dah la bogel. cara duduk sambil macam orang tua. ikut sunnah nabi la katakan. hahaa~~ ;DD



Lepas siap cuci umah, semua dah kebulur. So, pegi makan2 kat Bandar Baru Uda. Makan Nasi Ambang ngan ABC special. Fuhh~~ dah lama tak makan nasik ambang. Huhuu~~

Balik. Singgah kat kedai foto tadi. Nak ambik gambar passport aku tadi. Aku dah agak, mesti buruk tahap babun.

So, hasilnya......


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



tadaaaa......
CAM ENDON DAAAA~~~


Yer, itu la reaksi pertama aku bila tengok gambar ni. Ishh....buruk bebenor! ahh..lantak lah!

Sampai kat umah, memang penat tahap cipan. Pehhh~~ lepak giler lah cuci rumah. Pinggang aku dah saket2 time tuh. Pagi esoknya bangun dari tido, badan dah sengal2. Huhuu~~


.