Thursday, March 10, 2011

ENO halia untuk buang angin. tapi macam tak berkesan untuk aku.

Kat office tadi, my clerk cakap Gaviscon bagus untuk buang angin. My colleague plak cakap ENO halia bagus untuk buang angin. So, lepas lunch tadi dengan gagahnyer (cuba gagahkan diri), aku pegi Watson kjap untuk cari Gaviscon atau ENO halia. Nasib baik ada ENO halia yang sachet. So, aku beli yang sachet tu jer. Sebab nak try jer kan. Kalo beli banyak2 nanti, takot tak tertelan, membazir jer.

Dulu Encik Kuneng pernah beli teh halia. Dia cakap best & bagus untuk kesihatan. Dia suruh aku try. Aku sebenarnya taknak try, sebab bau semacam jer. Tapi pastu aku try la jugak seteguk. Tapi belum sempat telan, aku dah muntahkan balik teh tu. Ishhkk~~ Memang tak tertelan. Rasa dia semacam jer. Bau dia lagi la dua macam. Memang aku tak suka minum air halia camtu. Air ape2 pun yang bau atau rasa semacam, memang aku takkan minum.

Tadi teragak2 jgak sama ada nak beli ke tak ENO halia tu. Ntah boleh telan ke tak lah kan. Tapi sebab dah tak tahan sangat, aku beli la jugak. Tadi pun memang rasa macam ada angin yang tersekat kat dada.





First time aku try ENO halia.


Suspen kjap bila timbul buih2 & asap2 kat dalam cawan tuh. Maklumlah, jakun tak pernah minum ENO halia. muahahaa~ ;p

Pastu bila nak meneguk air tu...peh...pikir dulu 44 kali. Nak minum ke tak nak minum ke tak. Nak tak nak, kena telan jugak. Tu pun telan seteguk, termenung jap. Pastu telan seteguk lagi. Pehh~ punyalah seksa nak menghabiskan satu cawan ENO halia tu.

Tapi akhirnya habis jugak aku telan. Tahniah pada cik nini mohd! ;D

Tapi...nape tak banyak angin yang keluar? Keluar sikit2 jer. Ubat pun dah makan. Tapi macam takde kesan (kesan sikit jer kot). My colleague cakap, maybe penghadaman aku tak bagus. Hmm...sampai sekarang pun ada rasa macam angin nak keluar, tapi tak boleh keluar. Macam tersekat. Kat dada ni pun rasa ada angin tersekat.

Adoihh~~ nak jer pegi berurut untuk buang angin nih. Tapi aku nih memang jenis yang tak suka berurut. Coz saket!

Sekarang ni, camane nak buang angin dalam badan?

Tapi yang paling penting, kenapa badan boleh banyak angin? Dan macam mana nak elakkan badan masuk angin?

My clerk cakap, pemakanan pun kena jaga. Tak boleh makan makanan yang ada angin. Contoh : pulut, makanan yang ada yis (macam roti la), kacang. Ada lagi la makanan yang ada angin. Semua kena dielakkan.

Aku ni mana la nak jaga pemakanan camtu. Semua aku bedal jer. Pastu mula la sakit2, lenguh2, pening2,  loya2, selalu tak sihat. Umur muda lagi (muda ker?), tapi badan macam orang tua. [x_O]


.

No comments: