Tuesday, February 12, 2013

Appointment @ Klinik Pakar Pergigian, HSA

Last week aku ada appointment kat Klinik Pakar Pergigian, Hospital Sultanah Aminah, JB. Sebelum ni aku ada pegi Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah. Dah beberapa kali pegi sana. Dah check, dah x-ray semua, diorang refer ke sini. Sebab diorang tak boleh buat katanya. So, kena refer kat pakar. 

So last week aku menuju ke HSA dengan perasaan gugup dan seram sejuk. Walaupun minor surgery, harus lah seram! Nasib baik Encik Suami ada time tu, boleh la dia temankan. 

Disebabkan haritu ramai sangat pesakit, so memang agak lama la kami menunggu. Ada banduan la, pesakit yang lepas accident la, pesakit ngan kerusi roda, stretcher dan macam2 jenis orang. Ramai sangat pesakit. Nak tunggu register pun dah lama. Pastu bila doktor check, kena buat x-ray pulak. X-ray lagi? Last month kat Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah dah buat x-ray. Its okay. I took it positively. Diorang kan pakar, kena check lagi. -.-


Tengah tunggu giliran untuk x-ray.


Aku seram sikit nak buat x-ray nih. Maklumlah, tengah TTC kan. Mane la tau. Tapi bila tengok last period aku, takde kot. Staff yang buat x-ray tu pun tanya dulu last period bila. Eh, tapi nurse kat Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah takde tanya last period pun? -.-

Lepas dah buat x-ray, naik lagi ke aras 3, kat klinik pergigian tadi. Tunggu nama aku dipanggil. Bila nama dipanggil, doktor tu tunjuk kat aku gambar x-ray tadi kat komputer dia. Ok, jakun seketika aku di situ. Sebab tak pernah tengok gambar x-ray secara 3D (3D ke?) kat komputer. Siap boleh tunjuk dari angle yang berbeza. Selalunya tengok gambar hard copy jer. JAKUN. -.- 

So doktor tu explain la yang gigi bongsu aku tu jauh dari saraf, so takkan rasa kebas. Pastu gigi bongsu tu tumbuh terlindung ngan tulang gusi. So, tulang gusi tu harus di-potong untuk cabut gigi bongsu aku tu. Erk....potong tulang gusi? Pitam. -.- 

Doktor tu explain lagi, "kalau potong ni memang akan rasa bengkak dan sakit (pitam lagi). Tapi nanti kami bagi ubat tahan sakit. So, duduk rumah rehat saje la. Gigi atas ni pun (atas gigi bongsu) kena cabut, sebab nanti dia tekan kat bahagian gigi bongsu yang dah kena cabut. Tapi nanti kita tengok la sama ada kena cabut sekali ke atau cabut gigi atas dulu". *hoii ape ni gigi lain pun kena cabut jugak!! 

Macam doktor kat Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah tu pesan haritu, doktor ni pun pesan benda yang sama "sebelum datang nanti breakfast dulu kenyang2, bawa duit RM55". *haritu RM50, sekarang dah RM55 kot.

Oh, tak operate haritu rupanya. Lega sekejap. So, doktor bagi next appointment untuk operate, which is next month. Huhuh~

Encik Suami cakap : bukan main lama lagi tunggu, sampai ke tengahari. last2 tak operate pun.

Alahh..biasa la, dia kena la check dulu. Kena x-ray dulu & tengok pada jumlah pesakit haritu jugak. Tapi yang buat kita tak stress, sebab doktor dan staff kat sini sangat friendly dan tak kekwat. Siap mintak maaf sebab tunggu lama. Staff kat kaunter mintak maaf (haritu ramai patient katanya). Doktor pun sama. So takde la stress sangat lepas tunggu lama2 tu kan. ;) Yang penting haritu doktor bagi MC. eh? ;p

Kat x-ray tu aku tengok gigi bongsu sebelah kanan aku masih cantik jer duk bawah gusi, masih belum tumbuh. Aduhai...kalau tumbuh nanti, tumbuh la kamu cantik2 yer. Jangan bagi masalah macam ni lagi pada diriku. sobs~ 

Sekarang ni, gigi bongsu sebelah kiri yang problem. Kalau ikutkan hatiku, malas aku nak operate bagai nih. Walaupun hanya minor surgery, sape yang tak seram hoii...! Siap kena jahit lagi tu. Ishkk... Tapi kalau tak buat, nanti kalau sakit lagi camane tu. Tak sanggup dah aku melalui pengalaman sakit gigi sampai mukaku bengkak sebelah! T_T

Seingat aku, sejak kecil aku tak pernah sakit gigi. Alhamdulillah. Gigi aku ni takde la cantik pun. Tak tersusun, senget2, tak putih. Tapi takde la sampai buruk sangat, dan takde la sampai sakit gigi. Tapi bila gigi bongsu ni tumbuh....perghhhh~ sampai bernanah gusi aku nih. -.-

Dugaan....

Sekarang ni menunggu tarikh 7 Mac 2013 dengan perasaan seram sejuk. -.-'


.

4 comments:

Nanie said...

kenapa dgn gigi awk?

Nini Mohd said...

@nurul harnani
gigi bongsu tumbuh x cantik.
kena tulang gusi.
so kena buat minor surgery untuk cabut gigi bongsu tu.
huhuu~ neves. -.-'

Suefida_Lydia said...

dik nak tanya

kt hsa ada buat Xray sekali tak?

Nini Mohd said...

Ada. Sebelum operate tu ada appointment utk check dulu. Diorg x-ray dulu kedudukan gigi.