Friday, October 31, 2014

Makanan Yang Tidak Sesuai Bagi Ibu yang Menyusukan Bayi

Salam pagi Jumaat.

Sharing some info for breastfeeding mommies. Untuk rujukan diri sendiri juga. :)


Sumber :


Makanan Yang Tidak Sesuai Sepanjang Mama Menyusukan Baby






1. Makanan Laut Tinggi Merkuri

Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.



2. Buah-Buahan Sitrus

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.



* beberapa hari selepas bersalin haritu, tiap2 hari aku makan oren sunkis. Sebab sembelit. 2 minggu jugak duk hadap buah oren tiap2 hari. Tak tahu pulak bf mommies tak boleh makan oren. huhuu~

3. Alahan Makanan

Berjaga-jaga dengan tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).


4. Alkohol

Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan mengalami penyejatan.


5. Kafein

Untuk penggemar kafein, kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.

* coklat? feveret aku tu. hewhew~



.

Wednesday, October 29, 2014

4 bulan 10 hari

Salam pagi Rabu. 

My little one dah tumbuh gigi. Di usia 4 bulan 3 hari, ibu dia nih rasa gusi anak dia macam tajam2 jer. Terus ku belek gusi dia.



 Aiyooo....dah tumbuh gigi! 
Ok, ibu seram. Gigi yang baru tumbuh nih tersangat tajam!


Dua2 tumbuh sekaligus. Gigi sebelah kiri tumbuh dulu sikit, pastu sebelah kanan pun duk naik jugak nih. Patut la asyik merengek jer. Pastu asyik nak menggigit jer keje jer. Tak selesa gatal gusi rupanya. Nasib baik tak demam. Patut la sebelum ni gusi awak keras semacam jer. Ibu ingatkan normal la gusi baby keras macam tu. Maklum la 1st time mommy. Takdek pengalaman. Hehee~

Bila tengok anak dah tumbuh gigi ni kan, terus terlintas kat fikiran aku : "dah besar dah anak aku ni. cepatnya dia besar. nanti mesti aku rindu time dia baby. sobss~" huhuu... pelik ke aku fikir camtu? -.-'



Oh please jangan cakap kalau gigi tumbuh cepat, nanti lambat jalan. Hilang mood aku. LOL. Mitos jer semua tu. Cerita kakak ku, salah seorang anak saudara aku lambat tumbuh gigi, tapi lambat jugak jalan. Setiap baby perkembangannya tak sama. Betul tak?



"R" for Rabbani. 


Muhammad Arif Rabbani. 
Sekarang dah berumur 4 bulan 10 hari. 
Semoga membesar dengan sihat yer sayang. :)



Thanks for reading. 


.

Tuesday, October 28, 2014

Tips bercuti ke Krabi

Assalam dear readers.

Selamat pagi! 

Entri ni sebenarnya dah lama aku simpan dalam draft. Dah berhabuk duk dalam draft tu. Tapi ada la sorang kawan aku nih sibuk duk suruh aku update jugak tips nih. Maklum la beliau nak bercuti ke Krabi tahun depan. Ehem2...seronok la deme. Jeles iols. :p



Draft sejak 25.03.2013 lagi kau? Dah lebih setahun setengah. Huahuaa~
Pemalas betol nak update. -.-


Atas permintaan Charme dan rakan2 (ni beliau la yang paksa aku mention nama beliau kat sini, & suruh aku petik "rakan2" sekali), ini lah entri yang dah berhabuk yang aku lap2 balik. Tips bercuti ke Krabi. (ada jugak beberapa readers yang request entri ni since ages! ampun...memang tak ter-update).

Aku dan Encik Suami pegi Krabi dah lama, bulan September 2012. Korang boleh refer kat sini : Bulanmadu di Krabi. So aku update setakat yang termampu yang aku ingat, dan setakat yang aku sempat sementara si kecik Rabbani tengah tido. Update laju2.


Musim
Rasanya ni la faktor yang paling penting kalau nak bercuti kat mana2 pun. Sila la pilih musim yang sesuai. Musim monsun hujan lebih kurang bulan Mei - November. So kalau bulan November ke April tu dah kira peak season la. Sesuai sangat nak holiday ke sana. Tapi kena ingat, kalau peak season ni faham2 la, semua benda pun harga double gitu.


Kami pulak pegi musim hujan. Tapi yang untungnya kalau musim hujan/non peak, boleh dapat hotel dengan harga murah. Pakej pun kami dapat harga yang jauh lebih murah. Contohnya untuk island tour. Harga yang kami dapat 900 Bhat seorang. Biasanya harga 1500 - 1800 Bhat camtu. Paling murah pun boleh dapat 1300 Bhat kot, kalau pandai tawar menawar.

Tapi walaupun kami pegi musim hujan, tapi takde la hujan sepanjang masa. Biasanya hujan waktu petang jer. Bila dah selesai ber-tour bagai dan dah balik hotel, baru hujan. Maybe nasib kami baik kot. 

Baju hujan - haa....kalau pegi musim monsun, jangan lupa bawak baju hujan sendiri. Alahh...bawak yang macam plastik tu jer dah. Tak perlu bawak baju hujan yang biasanya orang pakai naik motor tu. Sebabnya? Baju hujan kat sini agak mahal. Baju hujan yang plastik tu jer dah 5bhat. Tapi sebab nak pakai, kami berli jerlah.


Pakej2 tour

Kadang2 pemandu teksi akan berhentikan kita kat ejen yang jual pakej2. Nasihat aku, tak perlu la beli ngan ejen2 ni. Sila la beli pakej kat Pantai Ao Nang. Kat sana lagi murah, malah separuh harga dari ejen2 yang driver teksi tu bawak. Sungguh, tak tipu. Ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Masa dari airport nak ke hotel, driver teksi tu berhenti kat satu travel agent ni nak tanya hotel (tanya jalan ke tanya hotel aku tak pasti la. maybe driver tu tak tau hotel kami kat mana). Travel agent ni sibuk suruh kami masuk office dia dulu & duk explain macam2 pakej tour kat kami. Tapi harga? Mak aiihhh....Nasib baik aku dah survey awal2 harga standard pakej kat sana. 


Jungle tour

Sila la bawak baju mandi/baju extra, tuala. Bagi kaum muslimah yang bertudung pulak, aku nasihatkan bawak la tudung yang senang nak pakai, jenis sarung etc. Senang nak salin baju & tudung lepas berendam kat Hot Stream dan jugak Emerald Pool. Sebab lepas berendam kat Hot Stream (berendam sekejap jer!), kena naik van ke tempat lain pulak (pegi Emerald Pool & naik gajah). Sama jugak lepas berendam kat Emerald Pool, lepas tu kena naik van ke tempat naik gajah pulak. Tapi kami guna baju yang sama jer untuk berendam tu. So tak perlu la bawak banyak2 baju. Just baju untuk mandi2, dan baju yang pakai tu jer.


Island hopping

Untuk ber-island hopping, sila bawak tuala, baju extra, cover kamera kalis air, beg kalis air. Beg kalis air tu penting sebab kita kan nak ke laut. Bila dah ber-snorkeling bagai, semua pakat duk kat bot dengan baju yang basah. Sah2 la dengan beg2 kita sekali terkena air. Kalau korang ada kamera kalis air, tersangat la bagus bawak ke island hopping. Sebabnya nak snap gambo dalam air ler. Serius, memang sangat cantik coral & ikan2 masa snorkeling nih. Kalau takde kamera kalis air, cover kamera kalis air kan hado. 


Souvenir

Kalau nak shopping souvenir, beli kat Pantai Ao Nang lagi murah. Sila survey kat semua tempat kat patai Ao Nang tu. Tapi biasanya kat gerai2 lagi murah daripada dalam kedai. Kat dalam kedai kadang2 harga melampau. Kalau beli banyak cuba la bargain semurah mungkin (macam yang kami buat).


Makan

Dont worry. Kat sini memang majoritinya muslim. So makanan halal tak susah pun nak cari. Gerai tepi jalan, restoran - banyak jer yang halal. Tapi kalau pegi ke pasar malam, sila berhati2 memilih gerai. Ada yang jual oink2 salai, yang buat cucuk2 macam sosej & nugget tu. Pilih la gerai makcik2, kakak2 yang bertudung. InsyaAllah boleh dipercayai.

Kalau nak jimat, boleh jer makan kat gerai2 tepi jalan. Kalau kat restoran, macam biasa la agak mahal. Kami ni ada jugak makan kat restoran. Agak mahal la. Tapi puas hati. Memang terbaek. Tapi gerai2 tepi jalan pun sedap jugak. Tapi bagi yg cerewet & tak suka gerai2 tepi jalan ni, sukahati korang la nak makan kat mana pun. Hahaa~


Transport

Untuk transport korang kat sana, sewa lah moto/skuter untuk jalan2. Harga sewa 20Bhat sehari. Kalau datang beramai2, ada jer kereta untuk sewa. Tapi harga aku tak pasti. Tapi kalau korang duk hotel yang betul2 kat kedai2 kat pantai Ao Nang tu, maybe tak perlu kot? Or terpulang la. Macma kami ni, tiap2 malam jalan2 kat pantai Ao Nang tu. Beli souvenir, t-shirt. Hari terkahir jer yang kami round2 kawasan lain dengan motor. Tapi tak pegi jauh la. Takut sesat. Haha~


Airport transfer

Untuk balik, boleh book transport kat tepi Pantai Ao Nang. Naik tuk-tuk pegi airport pun best jugak, kan? Kami book dengan driver teksi yang hantar kami dari airport ke hotel jer. Tapi harga RM60 la. Kalau book kat pantai Ao Nang tu lagi murah.


Must try :
  • Banana choc pancake! Makan panas2. Perghhh.... *uishh...sungguh aku terliur nih 
  • Aiskrim goreng. Ya Allah yummy sungguh. Aiskrim goreng ni boleh beli kat pasar malam. 
  • Emerald Pool - wajib pegi! 
  • Island hopping - dalam banyak2 pakej, aku rasa Phi Phi Island Tour yang terbaek. 
  • Snorkeling - takut air? Jangan dilayan sangat perasaan tu. Rugi wooo kalau tak turun ke laut ber-snorkeling. Ibarat kata, takde makna datang ke Krabi kalau tak ber-island hopping & tak ber-snorkeling. 
  • Pasar malam - setiap hari Jumaat hingga Sabtu sahaja. So sila la pegi ke Krabi waktu hujung minggu, supaya boleh ke pasar malam. 



Ermm....ape lagi ek? Itu jer kot yang aku boleh ingat. Kalau ada penambahan, aku update la yer. ;)

Thanks for reading! 


.

Thursday, August 14, 2014

Alhamdulillah..i'm a mommy.

Salam dear readers... 

Alhamdulillah, sudah selamat bergelar seorang ibu.








Muhammad Arif Rabbani. 
Born on 19.06.2014, 3.3kg. 
Sekarang dah berumur 57hari. 
Ibunya pun dah habis pantang. 




*rasa bahagia bila dah bergelar ibu. :)




.

Friday, March 14, 2014

Hello. :)


Selamat pagi! 

Salam Jumaat. 

Blog bersawang lagi. 2 bulan lebih. Heh. 

Mekasih la pada yang masih sudi singgah kat blog yang bersawang nih. Mekasih juga pada yang bertanya mana aku menghilang. Alhamdulillah, aku masih sihat. Ada jer kat sini. Cuma tak update blog jer.

Beberapa bulan sebelum ni memang tak berapa sihat, penat, tak larat etc. Sekarang dah ok. :)



Alhamdulillah sekarang dah 6 bulan lebih. 
My 2nd pregnancy, our 1st baby. 
Semoga dipermudahkan semuanya hingga melahirkan.
Mohon doakan kami juga yer. 
Thanks. =)



.

Monday, January 6, 2014

Salam tahun baru 2014

As-Salam dear readers. 

Wahh...dah tiga bulan aku tinggalkan blog nih.

Eh, bukan tinggalkan. Tapi tak update jer. Bulan2 lepas memang ada masalah sikit nak update blog. Sebab broadband terlalu lembab. Sejak tukar plan broadband, makin lembab pulak. Sebelum ni kalau terlebih kuota pun ok jer. Sekarang kalau dah dekat2 ngan limit kuota tu, memang jadi tersangat lembab. Sakitnya hati iols. Menyesal tukar plan. -_-

Lepastu bila dah masuk bulan baru & line dah ok, terus takde mood nak update blog. Masa tu pulak dah dekat ngan raya haji. Lepastu balik kampung, beraya. Lepas tu terus lupakan blog. Hahahahaa...kemain panjang lagi explain kan. Nanti kang ada yang cakap "ada aku kesah?". Wahahahaa... ;D 

Ok, kidding. ;p

Anyway terima kasih pada yang masih sudi masuk blog ni, walaupun dah lama tak ber-update.




Sekejap jer rasanya dah masuk tahun 2014. Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru, kan.

Semoga tahun ini membawa seribu kebahagian untuk kami & untuk readers sekalian. Amin... :)


Thanks for readinh. :)




.